Berbaloi travel dengan Air Asia?
Bagi yang tidak pernah travel menggunakan kapal terbang, pasti teragak2 sama ada nak memilih penerbanga dari syarikat yang mana…namun seperti yang diketahui umum, AirAsia, kapalterbang tambang murah selalu menawarkan harga yang menarik dan sangat berbaloi. Kelemahannya cuma pada golongan yang tidak merancang perjalanan, termasuklah ibu….hehehehe. Bagi mereka yang pandai merancang dan yakin segala perancangan akan berjalan lancar maka AirAsia patut dijadikan pilihan. Walaupun MAS kini menawarkan pakej yang hampir sama namun jika diberi pilihan antara MAS dan Air Asia, ibu lebih suka memilih Air Asia.
Jangan salah faham , penulisan ibu ini tidak dibayar sesen pun oleh pemiliknya.
Ibu sekadar berkongsi melalui pengalaman ibu sendiri. Mungkin rezeki ibu menetap di Sarawak, berpeluang merasa menaiki kapal terbang. Jika dulu kami prefer MAS sebagai pilihan utama namun setelah beberapa kali menaiki pesawat dari penerbangan Air Asia, ibu lebih berpuashati dengan syarikat penerbangan ini. Antara sebab mengapa ibu berkata demikian ialah;
1. Harga yang ditawarkan lebih rendah berbanding syarikat penerbangan lain. Walaupun dalam keadaan last minute booking, harga yang ditawarkan masih berbaloi.
2. Keselesaan yang lebih semasa dalam pesawat. Tempat duduk yang lebih luas dan pendingin udara yang sentiasa sejuk membuatkan ibu dan keluarga sangat selesa semasa berada dalam pesawat.
3. Kita mempunyai pilihan sama ada hendak makan semasa dalam penerbangan atau tidak. Jika penerbangan melalui syarikat lain, terutama dari Miri ke KL jika bukan AirAsia, harga tiket pada dasarnya telah termasuk dengan harga makanan walhal adakala makanan yang disediakan tidak menepati selera kita langsung. Jika travel dengan Air Asia, kita boleh memilih sama ada hendak makan atau tidak kerana jualan makanan dibuat
di dalam flight. So, jika kita tidak lapar maka tidak perlu kita keluarkan belanja tambahan untuk membeli makanan. Ini sudah pasti lebih menjimatkan.
4. Free sitting..ini dahulu tapi kini ianya sudah selari dengan syarikat penerbangan lain, kita hanya perlu tambah beberapa ringgit untuk mendapatkan hot seat. Hot seat bagi Air Asia adalah barisan 1-5 dan barisan 12-14 jika ibu tidak silap. Tapi bagi ibu persoanally jika dapat barisan 23 pun tidak ada masalah kerana ianya mempunyai 2 pintu laluan masuk, satu di hadapan dan satu di belakang. Sangat selesa kerana tidak perlu kita menunggu lama untuk masuk mahupun untuk keluar dari pesawat.
5. GoInsure..insuran yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan Air Asia apabila kita memilih untuk menaiki pesawat ini ke empat destinasi kita. Mahal ke? Hanya RM15 jika tak silap ibu untuk satu trip. Berbaloi ke amik? Jujurnya ibu kata sangat berbaloi. Bukanlah bermakna apabila kita mengambil insuran ini, kita mengharapkan perkara yang kurang baik berlaku tetapi sebagai langkah berjaga2 dan demi kebaikan kita sendiri juga terutama jika perjalanan itu jauh. Macam kawan ibu auntie Arnieh( pemilik genkimomma.blogspot), beliau dan keluarga pernah diberi wang saguhati di atas kelewatan flight yang sepatutnya mereka naiki, bermaksud flight ditunda atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Maka bagi mereka yang membayar insuran , mereka akan mendapat voucer dari Air Asia yang boleh ditukarkan semula dalam bentuk tiket. tidakkah ini sangat2 berbaloi?
Hmm… ibu harap melalui pengalaman ini, bagi mereka yang masih sangsi untuk menaiki Air Asia akan membuat pilihan yang tepat untuk menuju ke destinasi yang kalian harapkan. Bagi ibu, Air Asia pilihan yang bijak bagi mereka yang bijak merancang perjalanan dan bijak menguruskan kewangan!
Salam sayang dari ibu
ya I check price MAS lebih mahal
oh yeah giveaway i dah start kat mymomsbest.us
kalau setakat nak pi jalan2 dalam malaysia ni, memang berbaloi naik Air Asia…