Benarkah orang sibuk lebih berjaya?

Ramai orang bersangka mereka tak mampu nak usaha lebih untuk majukan diri kerana dah sibuk dengan tugasan hakiki.

Sebab itu bila golongan ini jatuh sakit, mereka mengharapkan cuti rehat yang banyak dan menjadikan sakit sebagai alasan untuk banyak berehat.

Tanpa mereka sedar…kerana terlalu mahukan rehat, badan jadi lebih manja , lebih letih dan jiwa juga menjadi semakin lemah. Akhirnya sakit mereka melarat secara berterusan. Golongan ini akhirnya menjadi sangat sensitif dengan perkara-perkara kecil yang berlaku disekelilingnya.

Namun selepas beberapa situasi yang saya temui dan saya cuba mengambil ibrah dari kisah mereka…saya mendapati…golongan yang sibuk dengan tugas hakiki sebenarnya lebih mudah berjaya dalam usaha memajukan diri sendiri terutama bila mereka jelas dengan apa yang mereka mahu.

Contoh salah seorang bisnes partner saya ini, kerja dari pagi sampai ke petang…ditambah hujung minggu mengambil kursus sambung belajar…beliau berjaya mencapai pangkat yang hebat dalam Shaklee dalam waktu yang sama. So siapa kata sibuk tak boleh berjaya?

Tidak kurang juga dengan seorang lagi bisnes partner saya yang bekerja dengan kerajaan sebagai barisan pertama. Beliau bekerja di kaunter salah satu badan besar kerajaan…memang sibuk kerana beliau menguruskan kaunter bayaran yang sudah pasti ada ramai orang. Namun dalam 2 tahun beliau mencapai pangkat tertinggi dalam Shaklee. Nah…sibuk bukan alasan untuk tak berjaya kan?

Saya ada mengenali seorang doktor yang juga sibuk bekerja adakala hingga ke malam. Beliau akan usahakan untuk bisnes Shaklee pada waktu malam 2-3 jam dan masa itu juga beliau gunakan untuk membaca meningkatkan ilmu pengetahuan. Aturan jadualnya sangat jelas oleh kerana terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor. Alhamdulillah beliau buktikan beliau berjaya mencapai tahap tertinggi dalam Shaklee. Ha….. nampak tak? Siapa kata sibuk tak boleh berjaya?

Contoh terkini, kawan kepada suami saya yang mendapat sakit kanser…..namun kerana beliau sibuk dan banyak perkara bisnes yang perlu difikirkan maka beliau tidak banyak berehat sebaliknya menyibukkan diri dengan tugasan bisnes beliau, alhamdulillah kanser beliau tidak merebak malah sekarang dalam proses recovering yang sangat cepat!!! Malah beliau berkata bahawa sepanjang beliau dapat tahu beliau mendapat kanser, beliau sangat jarang bermain golf diwaktu pagi kerana menganggap permainan itu tidak sesuai untuk mengubati sakit kansernya.

Bila fikir balik….adakala betul bila seseorang itu banyak masa…dia merasakan itu adalah peluang untuk usahakan sesuatu untuk majukan diri….tapi  percaya atau tidak oleh kerana dek banyak masa maka otak kita akan kreatif merewang ke sana dan ke sini. Sempat lagi layan drama jam 7 malam dan akhirnya emosi juga menjadi tidak seimbang kerana terikut ikut dengan kesan drama tadi.

Image result for busy
Lagi sibuk anda lagi mudah nak berjaya?

So bagi anda yang sibuk dan selalu rasa tak de masa nak buat part time bisnes untuk dapat part time income….anda salah. Sebenarnya anda punya peluang berjaya yang lebih hebat berbanding orang yang tidak sibuk. Paling utama anda perlu tahu apa yang anda mahu dan ini menggerakkan anda bertindak dengan sangat rasional dan konsisten.

Nak jadi bisnes partner kami? Jom whatsapp 0128535689 untuk lebih lanjut. Semuanya hanya dihujung jari.

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *