Benarkah Domperidone, Metoclopramide berkesan untuk penyusuan?
Mungkin anda dah pernah makan macam macam untuk up kan semula susu atau banyakkan susu. Tetapi anda mahu cuba Shaklee trial pack namun ada was-was, berjaya atau berkesankah vitamin Shaklee untuk penyusuan? Jawapannya, Shaklee hanya membantu badan ibu sihat, segar , cergas dan susu yang terhasil juga kaya dengan sumber nutrien.
Namun bagaimana pula nak banyakkan susu sebenarnya?
Jawapannya ialah….kerap kosongkan payudara, kerana dengan cara itu susu akan lebih banyak dan cepat terhasil. Kata kunci untuk menghasilkan susuibu dengan banyak bukan dengan pengambilan ubat yang punyai kesan sampingan seperti motilium, maxolon atau sebagainya tetapi dengan meningkatkan kekerapan menyusukan bayi secara langsung atau membuat sesi perahan yang KONSISTEN setiap 2 atau 3 jam sekali. Jangan terlalu lama jarak sesi perahan kerana ia akan membuatkan susu mudah merundum.
Konsisten sangat penting. Jika pam tak konsisten, susu takkan mudah terhasil dengan banyak. Jika makan vitamin tak konsisten pun takkan menampakkan hasil yang diharapkan. Sama juga dengan pelajar sekolah, jika belajar dan buat ulangkaji dengan konsisten, kejayaan insyaALLAH menanti dihadapan.
Minum air secukupnya. 3 L adalah paling mudah dilengkapkan dalam sehari jika kita dah siapkan air tersebut dalam botol yang punyai sukatan …maka pengambilan yang secukupnya sangat membantu mendapatkan hasil yang lumayan. Masakan sebatang tebu jika diperah boleh menghasilkan air tebu sebanyak satu jug besar?
Doa, bukan sekadar tadah tangan semata-mata….perlukan pengisian rohani. Agar semangat kuat, tak lentur terutama bila tiada sokongan dari mereka sekeliling. Agar semangat kuat bila kita dilanda kemerunduman susu. Dalam perjalanan menjayakan penyusuan selama 2 tahun malah lebih dari itu, kita memang lalui fasa turun naik….jangan mengalah. Usaha selagi boleh beri yang terbaik. Tawakal sangat perlu.
Akhir kata, doa saya sentiasa mengiri kalian yang sedang menjayakan penyusuan susuibu buat si manja tersayang. Semoga berjaya!
Kita yang memilih jalan kita….adakah kita mahu jadikan ubat sebagai makanan ATAU menjadikan makanan (supplement ) sebagai ubat? Mencegah lebih baik dari merawat 🙂
gud info kak N..saya pon penah tya doctor ttg pil utk bykkan susu, salah satunya ubat utk tahan muntah tp x tau apa nama saintifiknya..bukan apa takut ade kesan ms jgka pjg..
Aju sebenarnya maxolon atau motyilium adalah ubat untuk tahan muntah namun kesan sampingannya dikatakan boleh banyakkan susu. Walau bagaimanapun ianya tidak boleh diambil secara berterusan yang mana ianya boleh menyebabkan si ibu depressed dan akhirnya susu boleh merundum dengan lebih teruk.
aju, rasanya motilium kot. Saya dah pernah amik.
Salam N,
Saya penah amik domperidone utk up kan susu. Tapi jadi menggigil satu badan. Doktor suh stop makan sebab tak sesuai utk badan saya.
Ubat tahan sakit betul ke boleh keringkan susu? ada kawam cakap macam tu..
Ubat tahan sakit kalau ada kandungan steroid mmg boleh ganggu penghasilan susuibu.
Good infoo