Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Bekerja dengan flexi hour

Masa teringat di kala Addin kecil…bangun pagi selepas solat subuh, sediakan baju nak ke sekolah untuk mengajar, baju suami untuk ke pejabat dan tak kurang juga Addin untuk ke tadika Astana di Miri.

Masih segar dalam ingatan…saya membayangkan satu pekerjaan yang flexi hour…boleh datang dan balik yang fleksibel. Walaupun pada masa itu belum wujud pun masa kerja yang fleksible tapi saya mengharapkan ia berlaku sebab saya tak suka dalam keadaan yang berkejar dengan masa.

Tapi apakan daya…perlu hadap juga situasi itu….apa aje pilihan yang ada. Zaman tu tak pernah dengar bisnes online, dropship atau sebagainya.

Rutin kerja kami hari ini benar-benar fleksible….bukan hanya boleh dapat time freedom tapi kepuasan bekerja dari mana sahaja asal ada internet.

Next week dah gerak ke Miri untuk meeting dengan leader kami. Walaupun adakala last meeting plan tapi ia masih menyeronokkan sebab boleh pilih masa.

Namun bila balik KL….kami suami isteri pasti bersembang….kereta atas jalan raya selalu banyak walau time kerja. Mereka ni juga pasti flexi hour kan? Sebab zaman dulu…kalau waktu kerja jalan raya pasti lengang…..

Ya mungkin sekarang memang banyak aje pejabat yang wujudkan flexi hour supaya setiap kita enjoy bekerja.

Buat Shaklee tu macam bekerja jugak ke? Ya masih bekerja dengan masa yang kita sendiri pilih.

Yesssss flexi hour.

Boleh buat bisnes di mana sahaja asal ada internet.

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *