Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Baby songsang

Sebelum saya bertolak ke Kuala Lumpur, saya sempat berbual dengan Ayu seorang lagi kenalan baru yang saya kenali melalui email. Beliau sedang mengandungkan anak keduanya dan kini sudah hampir 34 minggu. Beliau berkongsi cerita dengan saya pengalaman mengandungkan anak keduanya ini memandangkan beliau mengambil beberapa supplement asas seperti ESP(Energizing Soy Protien) dan B Complex. Ayu menyatakan perbezaan yang beliau alami semasa mengandungkan anak keduanya ini dengan anak sulungnya. Beliau merasakan dirinya lebih bertenaga sehingga boleh berjalan ke Sogo walaupun kandungannya sudah hampir 9 bulan. Alhamdulillah , seronok saya mendengar cerita beliau. Selain itu Ayu juga berkongsi cerita pengalaman unik yang beliau alami iaitu tapak kaki beliau yang sebelum ini mengalami kulit keras atau ada sesetengan yang menyatakan seperti ketuat kini sudah tiada lagi. Beliau merasakan mungkin itu antara kesan dari makanan tambahan Shaklee yang beliau consume. Apa pun pada saya setiap orang akan mengalami perbezaan yang berbeza dengan Shaklee dengaan produk-produk lain dalam pasaran.
Walaupun pada mulanya Ayu risau kerana bayi yang dikandungnya songsang namun pada saya ia adalah kelahiran yang unik. Adik kedua saya dilahirkan songsang dan masih ingat lagi jika antara kami adik beradik yang tercekik tulang ikan maka kami hanya perlu mengambil segelas air dan menyebut kami minum air angah. Maka insyaAllah akan hilang tulang itu. Wallahhualam. Apa yang penting bagi saya Ayu perlu menyediakan persiapan mental yang kuat kerana kemungkinan besar beliau perlu menjalankan c-section bagi kelahiran ini. Saya sendiri sudah 2 kali melaluinya…alhamdulillah saya dapat menyusukan anak-anak saya seperti orang lain.
Saya doakan Ayu selamat melahirkan anak keduanya dan semoga anaknya sihat walafiat. Amin.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *