Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Apa yang lebih mahal?

Bersyukur sangat pada Allah , akhirnya sampai juga vitamin yang dah lama tiada stok dalam Shaklee iaitu OmegaGuard( dahulunya Omega 3 complex), vitamin E dan lecitin. Suami saya awal-awal dah bagi tahu bulan ni kami perlu belanja lebih sedikit dari bulan-bulan sebelum ini kerana perlu membeli ketiga-tiga vitamin ini. Ada juga teman yang bertanya mengapa perlu membeli sedangkan kita boleh dapatkan vitamin percuma dari hospital kerajaan tetapi yang pastinya kualiti berbeza. Perbelanjaan bertambah untuk membeli 3 vitamin ini yang harganya hampir mencecah RM280. Jika saya bekerja waktu ini RM280 bukanlah satu angka yang besar tetapi buat masa ini kira besar jugalah kiranya dengan saya yang cuti tanpa gaji. Namun harga ini lebih MURAH jika nak dibandingkan dengan kos pembedahan sakit jantung mahupun kos selepas melalui pembedahan iaitu recovering process.

Suami saya sangat pentingkan kesihatan kerana terdapat beberapa teman yang kami kenali mendapat penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi pada usia yang hampir dengan kami. Ini menjadikan kami lebih komited dengan pengambilan supplement. Mungkin ada sesetengah orang berpendapat alah, kalau masuk hospital sebab sakit jantung atau perlu operate apa perlu kita risau, company tanggung. ING kan ada???? Tetapi mereka ini lupa bahawa kesan pembedahan tidak termasuk dalam tanggungan company. Selepas kita dibedah, bukannya kita dapat berjalan seperti biasa sejurus selepas itu tetapi perlu makan masa agar luka dalam dapat sembuh dengan baik. Doktor Siti ada memberitahu saya bahawa apabila seseorang itu perlu dibedah maka terdapat sebanyak 30,000 sel neuron otak akan mati akibat dari ubat bius yang diambil sebelum pembedahan. Jadi bayangkanlah jika seseorang itu melalui banyak kali pembedahan….seperti saya?

Di sinilah pentingnya peranan supplement seperti lecitin dan omega untuk membaik pulih sel neuron otak yang lain. Selain itu zat supplement ini juga akan meningkatkan kandungan DHA dan omega dalam susu saya untuk anak-anak saya. Jadi duit RM280 itu tidak boleh dibandingkan dengan kualiti susu yang terhasil. Jika kerana RM280 saya terpaksa kurangkan perbelanjaan lain apa salahnya kerana kesihatan itu lebih mahal berbanding dengan harta benda.

Yang saya pasti lecitin bagus untuk otak saya agar lebih banyak mengingat kepada segala yang perlu saya hafal, vit E sangat bagus untuk jantung, kesuburan, kecantikan kulit dan omega bagus untuk ibu yang menyusu seperti saya. Hmmm, akan saya coretkan dalam tulisan akan datang betapa pentingnya omega untuk kita dan seisi keluarga.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *