Amalan rohani untuk menjayakan penyusuan.
Bagi mereka yang beringat, pasti disediakan masa untuk mengaji dan berzikir memuji ALLAH. Dalam firman ALLAH….
Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku – Az-Zariyat:56
Memang kita solat…solat yang wajib. Hanya beberapa minit kita dengan ALLAH, tetapi adakah HATI kita ada untuk ALLAH waktu itu?
Arwah abah pernah pesan, jangan lupa sediakan ruang MASA untuk ALLAH, barulah akan dapat nikmat kasih sayangnya, rezeki yang hebat, rahmat yang luas.
Bercerita tentang rezeki, mengingatkan saya dengan rezeki anak2 saya melalui susuibu. Alhamdulillah ternyata, perjalanan penyusuan saya walaupun terdapat ujian, saya mampu melaksanakan dan menyempurnakan selama 2 tahun malah lebih dari itu.
Saya selalu berpesan pada kawan-kawan yang menyusu anak, jangan lupa mengaji surah Al waqiah tiap malam, zikirkan Asmaul Husna terutama Ya Matin….sebenarnya amalan ini adalah supplement kepada rohani kita.
Kita hari ini sibuk mencari supplement jasmani, tanpa kita sedari kita kekurangan supplement rohani. Mengapa saya kata ianya supplement? Ini kerana makanan utama adalah solat.
Sempena bulan baik ini, mari kita tingkatkan amalan kita pada yang Esa. Semoga rezeki kita diberkati. Semoga susu yang mengalir ke dalam mulut anak tadi penuh dengan barakah berkat mulut ibu dia yang banyak berzikir.
Pada saya secara peribadi, apabila seorang ibu itu menyusukan anaknya dengan susuibu, dia telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ibu yang baik. Bertambah baik lagi apabila dilengkapi dengan ucapan zikrulah dan amalan mengaji , susuibu yang mengalir tadi akan membentuk hati anak yang lembut dan penuh tawaduk pada pencipta, insyaALLAH.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kelancaran dalam penghasilan susuibu, cubalah banyakkan berzikir Ya Matin serta jadikan mengaji Al Waqiah satu amalan. InsyaALLAH dipermudahkan rezeki untuk anak tadi.
Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.
Salam sayang dari Ibu Addinnasa