Alumni Kolej Bestari UM
Selepas hampir 7 tahun baru kini bersua kembali dalam majlis Alumni Kolej Kediaman Keempat UM. Ianya bertempat di Kelab Tasik Putrajaya. Mulanya risau juga kalau-kalau sesat maklumlah tak biasa dengan area Putrajaya namun akhirnya sampai jua kami ke sana. Pertemuan sepatutnya pada jam 12pm tetapi atas sebab- sebab teknikal kami sampai pada jam 12.30pm.
Seronoknya bila dapat jumpa senior-senior kolej dulu. Walaupun ramai yang tidak saya kenali kerana jurang umur yang sangat ketara namun masih terdapat senior-senior yang masih mengenali saya. Antara mereka, bekas presiden kolej seperti abg Jalil A. Becker, abg K.A, senior lain abg Yan(Rohaizan), abg Najib and wife, abg Ari, Abbas, Mongkut, pak Tam, abg Mario dan tak lupa kak Mazarina Mokhtar. Secara kebetulan saya dan suami berasal dari kolej yang sama jadi kami tidak mempunyai masalah untuk bersembang dan bertanya khabar mengenai teman yang tidak dapat hadir.
Ianya bukan sekadar pertemuan biasa tetapi senior alumni merancang untuk menubuhkan koperasi kolej kediaman keempat( Bestari) Malaysia Bhd. Ianya bertujuan agar kami semua sepakat untuk menubuhkan satu perniagaan yang berasaskan pertanian seperti penternakan kambing. Memandangkan abg Mario adalah antara mereka yang berjaya dalam bidang ini maka beliau merupakan penasihat untuk perniagaan yang bakal dilaksanakan. Setiap ahli yang berminat perlulah membayar sejumlah wang iaitu sebanyak RM1k sebagai nilai pelaburan minima. Namun tiada had nilai pelaburan yang bermaksud ahli boleh melaburkan sebanyak mana yang dirasakan berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Dividen tahunan akan diberi sebanyak 20% dan ianya sedikit sebanyak menarik perhatian kami.
Abg Jalil telah dilantik sebagai Ketua Lembaga Pengarah bagi Koperasi ini. Mesyuarat dijalankan dalam satu jam setengah termasuk dengan penerangan khas oleh ahli Koperasi Malaysia. Bagi semua warga alumni fourth yang tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri masih berpeluang menjadi ahli koperasi sekiranya anda berminat. Saya dan suami berharap agar penubuhan koperasi ini akan dapat mengeratkan kekuatan ukhwah sesama alumni.
Hidup 4th College!!!!