Allah beri pada apa yang kita sangka?
Saya bukan pelajar cemerlang dari zaman sekolah. Selalu sangat sakit. Kaki selalu berkudis dan pernah berlubang macam orang sakit kencing manis. Mak selalu juga bising tanya kenapa nasib saya lain sangat. Selalu jumpa doktor sebab senang demam dan sakit alahan terutama bila makan makanan laut penyakit kudis saya menjadi-jadi.
Saya cuma percaya ALLAH selalu beri yang terbaik. Saya sentiasa bayangkan apa jua ALLAH beri adalah hadiah yang terbaik. Nak kata result hebat sangat dapat masuk Universiti Malaya? Tak juga. Tapi mungkin sebab arwah abah selalu bangun tahajud dan doa yang terbaik buat anak-anaknya. Kalau tanya saya bagaimana saya dapat masuk UM dengan result SPM yang biasa-biasa? Saya cuma jawab ” Doa mak dan abah serta semua guru saya”.
Saya juga bukan graduan yang grad dengan result cemerlang …memadai dapat 2nd class upper. Alhamdulillah. Namun pada saya result tak jamin masa depan yang cemerlang pun. Syukurnya zaman Universiti saya puas didedahkan dengan projek kolej dan berurusan dengan pelbagai jenis golongan berpangkat yang melibatkan projek yang saya sertai. Bermula pangkat AJK Khas sampailah kepada Pengerusi Projek saya belajar banyak benda. Projek Universiti yang paling mencabar ialah Bola Sepak Sembilan Sebelah yang mana 70% AJK adalah wanita dan alhamdulillah dengan sokongan para senior ia berjalan dengan baik. Syukur sangat.
Apapun saya tetap bersyukur atas semua anugerah yang ALLAH berikan. Apapun yang kami perolehi adalah berkat doa mak abah dan para guru. Kini tambah dengan suami. Syukur. Saya cuma percaya nasib yang baik ini datang dari doa mereka.
Alhamdulilah saya masih ingat cikgu yang mengajar saya ABC [ Saya tak pernah sekolah tadika] dan nama arwah sentiasa dalam ingatan dan doa saya. Buat semua cikgu yang mengajar saya saya doakan kalian sentiasa dalam rahmat ALLAH.
Semoga ALLAH juga berikan saya peluang menjadi anak yang baik pada mak dan arwah abah. Walaupun masa hayat arwah abah pernah menyebut [ masa tu saya tingkatan 4 ] … ” Nanti dah kerja abah nak RM500 sebulan dari anak abah” …walaupun saya tak kesampaian nak tunaikan hajat arwah syukur dengan rezeki hari ini saya mampu buatkan abah kenduri setiap bulan di beberapa masjid.
Saya selalu berdoa dan saya berharap sangat doa saya dikabulkan… Semoga mak abah ditempatkan dalam syurga ALLAH tanpa hisab. Mereka mendidik kami dengan jiwa yang penuh dengan kalimah ALLAH. Segalanya ALLAH. Yang baik itu datangnya dari ALLAH…yang buruk itu dari sikap kita sendiri.
Ya ALLAH jangan Engkau serahkan kami pada diri kami walau seketika cuma. Tunjukkan kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Kau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Dan ya Allah janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan petunjukMu kepada kami.
Semoga Allah menempatkan kita ke dalam golongan yang sedikit. Amin.
Allah beri pada apa yang kita sangka. Maka sangkalah yang baik-baik.
Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa