Beraya beraya juga tapi kena alert cuaca panas – strok haba
Raya 2023 mungkin tak mengejut macam Raya 2022, tapi bila baca berita semalam sebenarnya menyedihkan juga bila ada 2 kes kematian kanak-kanak disebabkan Strok Haba.
Dalam kita sibuk beraya, kita kena alert dengan cuaca hari ini. Suhu boleh capai lebih 37 darjah celcius.
Apa yang mak ayah kena lakukan ?
Walaupun kita beraya, taoi kita kena pantau pengambilan air anak-anak.
Jangan ingat segelas dua dah mencukupi…ini bukan cuaca biasa.
Sekalipun seronok nak beraya, tengok la jam sama. Elakkan keluar pada waktu matahari sedang terik yang amat. Jika perlu , hadkan aktiviti luar. Jika memang tak dapat nak elak, pastikan kita bekalkan payung atau topi.
Waktu ni, jenis pakaian juga penting. Warna gelap akan menyerap lebih banyak haba berbanding pakaian berwarna putih atau biru muda. Elakkan memakai pakaian yang terlalu tebal. Cuba sediakan anak-anak pakaian yang selesa dan menyerap peluh.
Kita kena peka dengan perkara yang berlaku sekitar sekarang, maka elakkan pembakaran terbuka. Ada orang dah terbiasa membakar sampah petang-petang hari atas alasan nak elakkan nyamuk.
Akhir sekali pastikan rumah kita mempunyai bekalan air bersih untuk minum dengan secukupnya.
Moga kejadian yang menimpa dua mangsa kanak-kanak itu membuka mata dan minda kita, dan mengambil serius perkara ini.
Syukurlah Shaklee mempunyai minuman isotonik yang membantu elakkan hidrasi.
Performance Drink adalah minuman yang wajib saya sediakan di rumah terutama cuaca panas.
Selain menjadi kebiasaan saya buat hidangan minuman berbuka pada bulan puasa, maka saya pastikan anak-anak minum dan mendapat tenaga secukupnya terutama hari panas.
Jika anda berminat nak dapatkan produk ini, boleh hubungi saya di 012-8535689 atau
nak mendaftar keahlian Shaklee… boleh DAFTAR EXPRESS DI SINI
Setuju. kena peka dengan keadaan anak-anak sekarang ni. Semoga anak-anak kita sentiasa dalam lindunganNya.