Aktiviti vs TV
Alhamdulillah ibu bersyukur kerana dengan izinNYA ibu mampu uruskan semua order walaupun minggu ini sangat sibuk dengan urusan persekolahan anak2 ibu. Ibu dan abah plan next year kami nak penuhkan Addin dan Nasa aktiviti sekolah dan pendidikan. Kami masih mencari kelas renang untuk Addin. Karate dan Kumon dah tahu mana nak register cuma kelas renang sahaja yang belum tahu dan masih mencari.
Sekurang-kurangnya bila mereka sibuk, masa untuk mereka menonton tv juga berkurang. Sebab melalui buku yang pernah ibu belek, perkembangan otak anak akan mudah terganggu apabila mereka terlalu banyak disogokkan dengan rancangan televisyen.
Hari ini masih meneruskan aktiviti pendaftaran….sekolah agama sesi petang manakala Nasa ke sekolah main-main dia. Nasa perlu sekolah supaya dia dapat jumpa ramai kawan. Esok juga ibu masih sibuk dengan pendaftaran tahun 2 untuk abang Addin. Cepat benar masa berlalu…Addin dan Nasa dah besar !!!!
Ada beberapa keperluan yang belum dipenuhi terutama untuk sesi persekolahan 2011….maklumlah banyak tuntutan yang perlu diutamakan sepanjang minggu ini.
Moga hari ini membawa kebahagiaan pada kita semua. Semoga semua urusan lancar.