Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

ABM

Sebelum pulang ke Miri, sempat jua mak dan ayah membawa kami berjalan ke EKEA…Seronok berjalan. Namun tak banyak pun yang saya beli memandangkan selepas ini kami akan terus menetap di Kuala Lumpur, jadi boleh lah selalu berjalan ke EKEA nanti. Walau bagaimanapun ada sesuatu yang menarik perhatian saya iaitu beads block. Harganya sekali pandang memang nampak mahal namun bila Addin bertambah suka dengan latihan matematik jadi saya rasakan ia satu pelaburan yang berbaloi.

Sebenarnya saya memang dah lama mencari ABM atau nama panjangnya Alat Bantu Mengajar untuk Addin membuat aktiviti Mathsnya di rumah. Sebelum ini memang ada dijual di pasaraya namun ianya kecil dan tiada ciri keselamatan. Bukannya apa adakala jika barang yang kita beli kurang berkualiti ia dikhuatiri mengundang bahaya. Maklumlah anak kedua kami Nasa ada habit memasukkan apa sahaja barang yang dipegangnya ke dalam mulut seperti hendak merasa atau mungkin curiousity Nasa sangat tinggi terhadap barang di sekitarnya.

Kini, sejak pulang dari KL Addin lebih tekun membuat latihan matematik hatta sehelai mukasurat sebelum masuk tidur. Sekurang-kurangnya Addin dah boleh melaksanakan aktiviti maths 2 digit minus 1 digit dengan lebih lancar. Syukur Allah menemukan saya apa yang saya cari selama ini. Sangat berbaloi dengan harganya RM49.00 kerana selepas ini ianya boleh saya gunakan sebagai ABM di sekolah apabila sudah masuk kerja semula nanti. Cuma selepas ini saya perlu mencari banyak lagi buku latihan untuk Addin….

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *