Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Pentingnya istiqamah…

Subhanallah, rindunya ibu untuk menulis dalam blog ini. Bukan sibuk atau tak berkesempatan tetapi keadaan ibu yang sakit mata ini tidak mengizinkan ibu menulis untuk beberapa hari. Ada yang bertanya, sakit mata yang bagaimana? ketumbit ke? Bukan, ianya dikenali sebagai conjunctivitis atau nama biasa mata yang dijangkiti virus. Mana ibu dapat sakit ini? Mungkin berjangkit dari adik beradik ibu yang juga mendapatnya sewaktu raya minggu lalu.

Bermula dengan Addin dan kini alhamdulillah beransur pulih. Ibu juga dalam proses nak sembuh dan kini giliran Nasa melaluinya. Kasihan ibu tengok Nasa. Hati ibu mana yang sanggup melihat anak kecilnya sakit hatta digigit nyamuk sekalipun. Siang malam ibu berdoa agar sakit mata yang Nasa lalui tidak sehingga mencabar kesabaran seorang anak kecil. Sakit mata yang ibu lalui sangatlah mencabar, dengan mata putih bertukar menjadi kemerah2an serta diselaputi dengan lapisan air yang sentiasa bertakung. Tidak terhenti takat itu tetapi ianya adakala sungguh tidak menyenangkan terutama apabila terasa seolah2 ada ulat yang sedang merayap di dalam mata, MasyaAllah gatal betul rasa, dan jika dapat digaru tentu ianya dapat menyelesaikan masalah ibu. Namun apakan daya, ibu hanya mampu berdoa agar dapat bersabar melalui dugaan ini.

Selama hidup 31 tahun inilah kali pertama ibu mendapat sakit mata yang teruk sebegini… Apa yang boleh buatkan ibu bertahan? Ibu hanya mampu berselawat tatkala masa2 yang tidak tertahan apabila merasakan seolah2 banyaknya ulat yang sedang merayap di dalam mata ini. Huhuhuhu. Ibu tetap amalkan pengambilan vitamin demi memastikan ibu dapat bertenang melalui keadaan2 yang sukar itu. Pada mulanya ibu hanya banyak bergantung dengan vitamin utama iaitu ACE, zinc dan B Complex. Namun apabila merasakan ibu perlu menambah sesuatu dalam supplement ibu, ibu terus mengambil Nutriferon Shaklee yang lebih dikenali sebagai immune booster. Alhamdulillah, baru 3 hari ibu mengambil nutriferon, sangat lega rasa mata ini. Walaupun masih berair namun rasa gatal yang menyerang itu kini telah banyak reda. Ini yang dapat membuatkan ibu selesa menulis untuk mengemaskini blog yang telah lama tertinggal….
Ibu berharap dengan nutriferon yang ibu ambil ini akan membuatkan susuibu yang mengalir untuk Nasa akan membuatkan Nasa cepat sembuh.

Sesungguhnya sakit ini benar2 mengajar ibu, dalam hidup ini kita perlu banyak beristiqamah… perlu banyak ilmu untuk menangani masalah yang kita lalui. Bukan sekadar meminta nasihat doktor tetapi buku juga perlu ada untuk menjadi panduan kita sendiri. Alhamdulillah….ibu semakin lega sekarang ini. Syukur pada Allah….memberi taufiq dan hidayahNya tatkala ibu memerlukan.

Bagi mereka diluar yang melalui saat sukar terutama yang berkaitan dengan kesihatan…banyakkan bersabar dan amalkan pemakanan yang sihat agar makanan itu menjadi penawar kepada sakit yang dihadapi. Sesungguhnya akan ada kesenangan selepas setiap kesusahan. Itulah janji Allah dalam surah Alam Nasyrah. Wallah hu alam.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *