Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Bahagianya menjadi tetamu Allah

Alhamdulillah ibu tumpang gembira bagi teman2 blogger ibu dimana ibu dan ayah mereka dapat menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.Sepanjang hari ini, ibu menerima mesej bertanyakan apakah supplement yang penting untuk dibawa sepanjang menunaikan haji mahupun umrah….

Ini mengingatkan ibu beberapa tahun dulu ibu pernah dijemput oleh seorang Ustaz daripada Lembaga Tabung Haji iaitu Ustaz Kahar untuk memberi ceramah kepada jemaah umrah dan haji di dalam kelas bimbingan yang beliau bimbing pada setiap hujung minggu. Ibu dijemput memberi talk mengenai pemakanan yang baik atau supplement yang sesuai untuk dibawa sepanjang menunaikan haji dan umrah. Ibu berpeluang memberi talk tersebut kerana Ustaz Kahar juga adalah salah seorang pengguna produk Shaklee dan beliau sangat yakin untuk berkongsi dengan jemaah yang lain. Semenjak dari itu, ramai jemaah yang sungguh gembira kerana diizinkan Allah dapat menunaikan haji tanpa masalah kesihatan, alhamdulillah.

Antara produk yang ibu sarankan untuk jemaah umrah haji ialah beberapa pemakanan yang utama iaitu:

1. Performance Drink- untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah umrah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.

2. B Complex- Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh .Memandangkan ibadah umrah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna , adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

3. Vitamin C- sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

4. Kalsium @ Ostematrix- Sesungguhnya ibadah umrah dan haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain terasa seperti sesemut atau lebih teruk boleh terjadi ialah kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan.

5. Fiber unflavoured – sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Ianya baik untuk memastikan tubuh kita tidak mengandungi lebihan gula atau kolesterol yang boleh memudaratkan tubuh sepanjang mengerjakan ibadah haji dan umrah. Ianya berfungsi untuk menyerap dan membuang segala lebihan gula dan kolesterol dalam darah.

Harga satu set ( tidak termasuk Fiber) ialah RM242(harga Semenanjung termasuk pos).
Bagi yang mengidap diabetic dan kolesterol, dicadangkan mengambil set termasuk dengan fiber , ianya berharga RM377 (termasuk pos).

Secara kesimpulannya dapat ibu katakan… Bukan setiap tahun kita dapat menunaikan ibadah haji dan bukan setiap manusia berpeluang menunaikannya. Setiap tahun berjuta umat manusia menunggu seruan nama mereka untuk menjadi tetamu Allah…maka bagi yang terpilih, bersiap sedialah dari segi mental dan jasmani agar ibadah itu dapat disempurnakan dengan baik dan tiada penyesalan setelah pulang dari menunaikan ibadah tersebut. Andainya ibu dan ayah kalian berpeluang menjadi tetamu Allah, cubalah bekalkan mereka dengan pemakanan yang berkhasiat agar ibadah mereka lebih sempurna berkat dari iringan rezeki dari anak2 mereka, insyaAllah mudah2an.

Salam Sayang dari

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *