Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Emaklah wanita hebat itu!

Khas buat emak ibu;

Emak seorang yang pendiam dan hanya sesekali apabila mak menegur kesilapan kami terasa juga pedihnya maklumlah apabila seorang pendiam mula berbicara. Emak memang seorang yang tenang…hari abah meninggalkan kami buat selama-lamanya, mata mak penuh dengan linangan air mata namun mak tetap kelihatan tenang. 

Emak yang mulanya hanya seorang surirumah bekerja kilang demi membesarkan kami tujuh beradik. Bukan mudah menjadi seorang ibu tunggal dengan 7 orang anak. Mak memang tabah dan kuat semangat. Mak selalu kata, jangan banyak mengeluh kerana Allah hanya akan beri mengikut kemampuan kita dan tidak lebih dari itu.

Mak tak banyak komen tentang jodoh pilihan kami…pada mak asalkan kami bahagia. Mak juga tidak mencampuri urusan anak-anaknya sebab mak kata setiap orang punya pilihan sendiri untuk menentukan masa depan sendiri dan rumahtangganya. Mak memang simple dalam segala urusan. Mak tak suka kepada perkara yang cerewet dan menyusahkan. Oleh kerana sikap mak itulah aku berkahwin pada usia yang muda dengan keadaan masih belajar di Universiti lagi. Syukurnya aku mendapat suami yang baik dan memastikan aku tamat dengan jayanya.

Percaya tak, mak tak suka bergosip… pada mak semua tu laghro. Kalau ada yang bertandang nak bergosip, mak banyak diam dan senyum sahaja. Mak kata mak tak suka campuri hal orang sebab ianya urusan peribadi. 

Wajah mak sentiasa tenang…selepas abah meninggal, emak mak iaitu atok Ne pula meninggalkannya. Mak masih tenang meneruskan kehidupan. Selang beberapa tahun, mak kehilangan ayahnya iaitu atok Tan. Mak kata setiap yang hidup pasti akan mati namun kita yang hidup masih perlu meneruskan kehidupan.


Mak tak pernah marah apabila aku mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji menjaga anak2…cuma mak kata jadilah isteri yang pandai menjaga harta suami , bukan menghabiskan harta suami.Mak selalu pesan berjimat agar aku dan anak2 tidak menjadi beban kepada suamiku. Nasibku baik kerana biz Shaklee mula meriah dan dengan hasil itulah dapat ku berikan mak belanja setiap bulan dengan izin suamiku jua. Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku menjadi anak yang baik.

Mak tak pernah menelefon anak2nya tetapi dengan izin Allah anak2nya akan menelefon pada setiap hari terutama yang tidak duduk berdekatan dengannya. Memang hebat…. adakala handphone mak sentiasa enggange, bila ditanya, Tati telefon mak, lepas tu Mars pula telefon. Tak lama lepas tu Iza pula telefon mak dan ni Nor pula….mak selalu ceria kerana anak2nya sering menelefonnya.Setiap seorang dari kami akan menelefon mak untuk berkongsi suka duka kehidupan yang kami lalui. Memang meriah hidup mak walaupun tiada insan bernama suami yang meneman di sisi.

Kini dah 12 tahun mak hidup sebagai ibu tunggal. Mak tetap tenang dan mak tak pernah berubah sejak dulu lagi…itulah mak. Seorang ibu yang kuat semangat dan kental menempuhi dugaan untuk membesarkan kami semua. Duit pastinya tidak dapat membayar susah jerih yang mak lalui untuk membesarkan kami namun hanya doa yang mampu aku titipkan setiap kali sujud akhir  dalam setiap solatku.

Maklah wanita hebat…seorang ibu mithali. Kini semua anak2nya telah membesar dan mempunyai kehidupan yang sendiri. Walaupun bukan semua anak2 mak menjejaki menara gading namun semua anak2nya sentiasa berbakti dan berjasa padanya. Alhamdulillah mak kaya dengan kasih sayang anak2nya. 

Semoga Allah menempatkan ibu dan abahku di kalangan hamba yang dikasihi di sisiNya. Amin.

Sempena Hari Ibu…

Mak terima  kasih atas kasih sayangmu…yang pasti maklah ibu paling hebat bagiku. Setiap hari aku berdoa agar Allah menempatkan emak dan abah di dalam syurgaNya bersama orang2 yang dikasihiNya. Amin.

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *