Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

8 Tips kekal sihat bila makan di restoren

Sekali sekala teringin bawa keluarga makan di restoren untuk ada kelainan. Ada beberapa tips untuk kekal sihat bila makan di restoren.

Mungkin segelintir berpendapat bahawa makan di restoren sekali sekala itu penting untuk reward usaha kerja keras selama ini dan yang penting untuk kekal sihat itu tetap di utamakan.

 Tips # 1 – Semak menu 

Makanan di restoren memang mempunyai banyak pilihan. Maka untuk kekal sihat pilihlah menu yang rendah kalori dan boleh dapatkan bantuan pelayan restoren untuk terangkan.

Tips # 2 – Elakkan ke restoren dengan perut yang lapar

Jangan biarkan perut kosong dan terlalu lapar sebelum masuk restoren. Ini kerana kita akan makan lebih banyak dari sepatutnya. Maka cuba dapatkan sedikit alas perut seperti buah-buahan atau salad atau kacang untuk kita alas perut dulu.
Image result for starving


Tips # 3 – Mulakan dengan makanan yang kaya serat

Biasakan makan buah atau salad terdahulu kerana makanan yang kaya serat akan buat kita cepat kenyang dan ini adalah cara yang baik untuk mulakan makanan untuk kekal sihat.

Tips # 4 – Kurangkan makanan berminyak.

Jika ada pilihan menu, cuba dapatkan makanan yang bergril atau sup dan cuba kurangkan makanan makanan yang kaya kolestrol seperti makanan bergoreng. Ini membantu kita kekal sihat.
Image result for grill fish


Tips # 5 – Berhenti sebelum kenyang

Bila pesanan sampai, makan dengan tenang dan elakkan makan dengan kelam kabut. Kita tak perlu makan ke semua makanan sehingga kenyang dan membuatkan perut kita mengah. Maka berhenti makan sebelum kenyang supaya kita kekal bertenaga selepas makan. Bila makan di restoren, makanlah dengan tenang dan nikmati makanan sambil hargai masa dengan keluarga atau teman.

Tips # 6 – Bawa pulang

Jika makanan yang di pesan dirasakan banyak, maka mintalah pelayan membungkus separuh darinya untuk di bawa pulang. Ini dapat membantu kita makanan tanpa berlebihan dan mengelakkan pembaziran.
Image result for take home food

Tips # 7 – Pilihan air minuman

Untuk kekal sihat, kita digalakkan minum air kosong demi memastikan kita dapat mengurangkan pengambilan kalori semasa makan. Namun jika ingin mendapatkan air yang berperasa boleh minta pelayan menyediakan minuman yang kurang gula. Elakkan makan bersama teh atau kopi kerana ia boleh mengganggu penyerapan zat besi yang kita dapat dari makanan tadi.

Image result for air kosong

Tips # 8 – Berkongsi

Salah satu cara untuk kita dapat kekal sihat bila makan di restoren adalah dengan berkongsi makanan dengan ahli keluarga atau teman. Selain dapat elakkan pembaziran ini membantu kita mengawal pengambilan makanan dengan lebih mudah.
Image result for sharing food

 ♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *