Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Hanya 6 hari tapi kenapa duduk lama di Mekah?

Ramai orang hari ini biasa dengan umrah. Malah lebih mudah kini ramai yang menunaikan umrah secara DIY [ do it yourself] iaitu pergi umrah tanpa melalui apa-apa pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat umrah. Umrah boleh pergi sepanjang tahun terutama bagi pemegang Visa Pelancong kecuali Musim Haji.
Haji pula hanya boleh ditunaikan pada musim haji yang telah ditetapkan dalam kalendar Islam. Kita perlu mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Tabung Haji Malaysia kecuali membuat rayuan untuk minta diawalkan penggiliran.
Bagi yang pernah menunaikan haji, pasti akan sedar hakikatnya kita hanya perlu melakukan perkara haji hanya 6 hari sahaja. Ianya bermula dari 8 Zulhijjah sehinggalah 13 Zulhijjah.
Bermula dengan 8 Zulhijjah iaitu hari bergerak ke Arafah untuk wukuf.

Masa ni muka saya nampak aje senyum…tanda awal demam dah mula. Seram sejuk aje badan waktu ni. Syukur sempat juga la beli baju sejuk tebal ala-ala coat untuk dipakai di Arafah nanti. Maklum takut la sejuk. Sementara boleh beli kat Bindawood, saya dan suami gagah pergi beli tengahari tu.
Bermalam di Arafah satu malam sahaja.
Pada 9 Zulhijjah ; Selepas Zohor hingga tergelincir matahari kami banyakkan masa mengaji dan duduk berdoa.
Pada malam 9 Zulhijjah rombongan jemaah mula bergerak ke Muzalifah dan Mina untuk urusan melontar Jumrah. Alhamdulilah TH Travel dah siapkan bag uncang dengan batu-batu kecil bagi kemudahan jemaah nak melontar nanti.
Jamrah atau nama lain Melontar Jamrah
Maka kami bermalam di Mina 10 Zulhijjah seawal 2 pagi…. esoknya malam kami akan mula melontar namun kerana ustaz Gani juga kebetulan berada di khemah yang sama iaitu Maktab 112, maka kami join group ustaz Gani melontar jam 5 petang.
Jemaah melakukan ibadah melontar di satu Jamrah (Jamrah Al-Aqaba) pada hari pertama melontar, iaitu 10 Zulhijjah.
 Balik dari melontar suami dan anak-anak terus tahlul awal. Malamnya suami ajak kami pulang ke Mekah untuk melengkapkan tawaf haji memandangkan hari menstrual saya makin hampir.
Oh ya, sebenarnya sepanjang buat haji tak perlu pun makan pil tahan haid kerana rukun haji tak memerlukan kita berada dalam wudhu kecuali tawaf haji sahaja. Memandangkan kami nak selesaikan tawaf haji awal, so kami balik ke Mekah pada malam itu untuk selesaikan tawaf Haji.
Pulang semula ke Mina untuk menyiapkan 2 lagi jamrah.
Alhamdulillah ketua jemaah memberi pilihan sama ada jemaah nak buat nafar awal atau nafar thani.
Nafar awal adalah rombongan keberangkatan yang akan meninggalkan Mina lebih awal yakni sebelum senja 12 Zulhijjah berakhir. Sementara Nafar tsani adalah mereka yang masih ingin berdiam sehari lagi di Mina hingga 13 Zulhijjah dan kembali melakukan jumrah.
Kami memilih untuk melakukan Nafar awal maka kami pulang sehari lebih awal dari kebanyakan jemaah.
Namun bila dah selesai semua perkara haji , balik Mekah buat apa?
Banyakkan tawaf sunat dan umrah sahaja selain mengaji quran dan berzikir. Mesti ada yang tertanya, mengapa tak balik Malaysia terus selepas selesai buat haji? Haji hanya 6 hari tetapi kenapa pulang lambat?
Jawapannya : Semasa musim haji, jadual penerbangan sangat terhad. Maklumlah ia melibatkan satu dunia tertumpu nak ke Mekah atas tujuan yang sama iaitu haji. Maka jemaah perlulah pulang pada tarikh yang telah ditetapkan. Kecuali nak minta balik awal, atas dasar keperluan mungkin boleh dipertimbangkan dan mungkin perlu menambah kos penerbangan jika ada.
Belakang tu tempat melontar dan sebelah kanan adalah maktab kami menginap sepanjang di Mina.
Alhamdulillah, selesai cerita haji 1443 kami. Syukur Allah mengizinkan kami menjalani ibadah haji tahun  ini. Moga anda semua juga dijemput menjadi duyufurrahman yang seterusnya. Amin.

Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *