Sibuknya….
Seminggu ini sebenarnya saya sibuk menguruskan barang-barang yang perlu di pack untuk masuk ke dalam kontena. Disamping itu saya banyak menguruskan anak-anak dan memberi consultation kepada pesakit pesakit saya. Bunyi dah macam doktor kan? Saya memberitahu suami, rasa terkilan juga tak dengar nasihat arwah abah suruh jadi doktor dulu. Suami saya menjawab, baguslah kerana jika N sekarang ni doktor, N lah orang pertama akan meminta kaki bapak Dayang di potong. N jugalah orang pertama yang meminta pesakit -pesakit kanser N lalui kimoterapi. Nasib baiklah N tak jadi doktor….kata suami saya. Hmmm…mungkin ada benarnya.
Saya hanya memastikan semua pesakit mengambil vitamin mengikut aturan yang betul. Ubat doktor tidak boleh diabaikan. Vitamin perlu diambil sejam selepas pengambilan ubat. Saya perlu membanyakkan diri saya dengan bahan bacaan tentang penyakit yang saya rawat dan kemudian saya kaitkan dengan keperluan vitamin. Sel manusia memerlukan vitamin dan bukan suntikan ubat yang mengandungi dadah. Ubat sekadar menahan sakit dan memberi kesan sementara sahaja.
Saya juga perlu membaca buku-buku motivasi untuk saya suntikan ke dalam minda mereka. Secara tidak langsung saya memotivasikan diri saya dalam banyak perkara. Bukan mudah untuk meyakinkan manusia, berkat doa …alhamdulillah mereka mendengar setiap patah yang saya sampaikan melalui telefon mahupun sms.