Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Shaklee Miri ; Rahsia kejayaan melalui ZIS ?

Mengapa orang kaya terus kaya manakala orang miskin masih di tahap yang sama?

Apakah yang dilakukan oleh orang-orang yang semakin berjaya dalam bidang yang mereka usahakan?
Setelah mengamati modus operandi mereka dalam bidang yang mereka usahakan ternyata tidak banyak perbezaan iaitu antaranya

1. mereka ini jelas dengan matlamat kehidupan.
2. mereka gigih dan punyai hati yang cekal.
3. mereka tidak merungut malah terus sabar mengusahakan apa yang diusahakan.
4. mereka yakin dengan rezeki yang ALLAH beri.

Ya, golongan yang berjaya hakikatnya mereka yakin rezeki ini datangnya dari ALLAH yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah.

Dalam meniti kejayaan mereka terselit satu rahsia mengapa mereka terus berjaya. Jujurnya mereka ini mengamalkan ZIS !

Apa itu ZIS?

Z itu adalah Zakat. Zakat adalah wajib ke atas semua umat Islam. Namun mereka yang layak menerima Zakat adalah hanya 8 asnaf yang menepati syarat yang ditetapkan. Zakat lebih mudah dibayar di pejabat baitulmal kepada amil yang terlantik.

Infaq adalah sebahagian dari sedekah. Namun Infaq lebih khusus iaitu menggunakan hartanya pada jalan Allah demi kebaikan. Contohnya mewakafkan telekung pada surau, atau musolah di shopping mall, menghadiahkan kipas pada surau, membelanjakan hartanya pada jalan kebaikan dan memberi manfaat pada ramai umat manusia serta membelanjakan wang untuk memberi makan pada haiwan jalanan juga adalah infaq.

Sedekah pula boleh diberi dalam banyak bentuk. Contohnya senyumanan itu satu sedekah. Sedekah juga boleh dalam bentuk hadiah. Pemberian wang bulanan pada mak ayah adalah Hadiah dan bukan sedekah.

Siapa yang boleh bersedekah? Hakikatnya semua kita mampu bersedekah.

“Wahai Rasulullah SAW, orang-orang kaya telah pergi membawa banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami shalat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka boleh bersedekah dengan kelebihan hartanya (sedangkan kami tidak boleh).” Rasulullah SAW bersabda, “Bukankah Allah telah menjadikan untukmu sesuatu yang dapat disedekahkan? Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,menyuruh pada kebaikan adalah sedekah, melarang kemunkaran adalah sedekah, danhubungan jima’ kalian (dengan isteri) adalah sedekah.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah salah seorang di antara kami melampiaskan syahwatnya dan dia mendapatkan pahala?” Rasulullah SAW menjawab, “Bagaimana pendapat kalian jika ia melampiaskan syahwatnya pada yang haram, apakah ia berdosa? Demikian juga jika melampiaskannya pada yang halal, maka ia mendapatkan pahala.” (HR. Muslim)

Hebatnya sedekah di sisi ALLAH. Tidak semestinya melibatkan wang ringgit pun mampu kita semua melaksanakannya.

Malah tahukah kalian solat sunat Dhuha itu satu sedekah?

“Dalam tubuh manusia terdapat 360 persendian (ruas tulang), maka wajib bagi setiap persendian diberi sedekah. Lalu mereka bertanya, siapa yang mampu melaksanakan semua itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab, kamu cukup menutup (membersihkan) air ludah yang ada di dalam masjid dan menyingkirkan sesuatu yang menghalangi jalan …. lanjutannya …. Jika itu semua tidak mampu engkau laksanakan, cukuplah bagimu melaksanakan 2 rakaat shalat dhuha” 

Maka apakah lagi alasan kita untuk tidak melaksanakan sedekah?

Oleh kerana itu pernah saya kongsikan dalam artikel sebelum ini yang bertajuk : Untuk Ubah Kehidupan Kena Ubah Diri.

Hakikatnya tiada manusia yang dilahirkan dengan nasib yang kurang baik. Semuanya balik pada kita sendiri untuk mengubahnya. Lakukan yang terbaik akan mendapat hasil yang baik.

Apa kata mulai bulan ini kita usahakan ZIS ? 
Zakat itu pembersih harta manakala Infaq dan Sedekah itu penolak bala.

Shaklee Miri

Jom kita perbaiki kehidupan bermula dengan diri kita dahulu, insyaALLAH.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *