Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Sedekah dan hadiah melembutkan hati

Teringat perbualan saya dengan si comel Nasa

Nasa : Ibu, ni ada sekeping lagi biskut Aca sedekah aje kat ibu.
Ibu : Sedekah?
Nasa : Ye , ustazah ajar kalau kita banyak sedekah hati kita menjadi lembut.
Ibu : Bagusnya ustazah Aca ni.
Nasa: Ustazah cakap sedekah bukan duit aje, makanan pun bagus.



Tersenyum bila teringat akan kata-kata anak kecil ini.
Pada Jumaat ini saya nak kongsikan satu artikel menarik ini.

Kadang-kadang Allah nak bagi kita rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. Semua tu boleh jadi.  Kalau bukan habuan dalam bentuk wang ringgit pun, mungkin dari segi kesihatan diri kita. Kalau kita tak kena penyakit pelik-pelik tu, itu pun rezeki jugak namanya. Sebab tu, kalau ada ahli keluarga kita sedang sakit, digalakkan kita bersedekah, insyaAllah mudah-mudahan cepat sembuh penyakit tu.
Kalau kita renung-renungkan, amalan bersedekah ni tak perlu banyak pun jumlah dia. Yang penting niat kena ikhlas dan kita buat tu sebab kita faham akan tuntutannya. Ye lah, berapa peratus sangat pun kita guna duit pendapatan kita untuk bersedekah. Kadang tu, bila bukak wallet, kita akan ambik duit yang paling kecik sekali untuk dimasukkan dalam tabung masjid atau untuk bagi kepada yang mintak derma..hehehehe…
Kalau dengar ceramah ustaz-ustaz dan khatib masa khutbah pun, berulang kali ditekankan amalan bersedekah, berzakat dan menginfakkan harta yang kita ada, sebab semua tu bukan hak kita semata-mata. Sedekah dan amal jariah ni lah jugak yang akan jadi bekalan kita masuk kubur nanti selain dari doa dari anak yang soleh dan ilmu bermanfaat yang kita ajarkan kepada orang lain.
Kalau dengar kisah para sahabat zaman Rasulullah dulu, lagi la tak terikut kita. Mereka sanggup sedekahkan semua harta benda semata-mata nak dapatkan keredhaan Allah. Terasa kerdil betul diri kita sebab tak sanggup nak tiru macam tu. Macam ada perasaan takut bila dah bagi sedekah semua sekali yang kita ada, kita pulak akan hidup merempat. Aduh, lemahnya iman kita ni.
Justeru, iktibar yang boleh kita ambil untuk dijadikan motivasi ialah, bila tau kita tak cukup harta dan risau kalau-kalau harta kita tu, bila disedekahkan akan menyebabkan kita pula sengsara, maka sewajarnya kita perlu berusaha lebih kuat untuk menambah harta dan pendapatan kita. Mudah-mudahan, dengan bertambahnya harta dan pendapatan yang dimiliki, kita mampu bersedekah bukan saja lebih banyak, malah lebih kerap.
Tak timbul isu kita akan jatuh miskin dan harta berkurang disebabkan bersedekah. Yang jadi papa kedana tu sebab tak tahu nak generate income secara berterusan. Akur pada pepatah “kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang“. Kan kita digalakkan berusaha, itu lah gunanya akal fikiran yang dibekalkan pada manusia. Kena rajin dan bijak mencari peluang dan rezeki yang halal.
Sebab tu, bagi yang mahir menggunakan pengetahuan dan kebijaksanaan, mereka ni sangat kreatif menukar peluang menjadi pekerjaan dan “mesin” yang dapat menjana pendapatan secara berterusan. Setiap usaha yang mereka lakukan mudah untuk berjaya dan mendapat hasil berlipat ganda. Mereka ni tak rasa risau langsung kalau perlu bersedekah banyak-banyak. Lagi happy dapat tolong ramai orang. Sebab mereka dah ada tools dan mekanisme untuk berjaya. Ini yang patut kita belajar dan jadikan matlamat bila mencari kekayaan. Best kan.
Kan bagus tu bila kita terasa tak mampu nak lepaskan harta dan wang ringgit yang kita ada, maknanya kita kena berusaha lebih gigih untuk mencari pendapatan agar kita dapat bersedekah dengan lebih banyak (tapi, dugaan syaitan pun lagi power.. lagi banyak duit, lagi liat nak sedekah hahaha..)
Takde lagi dah sepatutnya perangai macam cerita Haji Bakhil dan Lebai Kedekut dalam masyarakat kita hari ni. Ramai yang dah belajar tinggi-tinggi dan ada kemahiran macam-macam. Ada yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan, bersedekah dengan kepakaran mereka (contoh MERCY Malaysia). Ada yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan, bersedekah dengan pengetahuan dan kepakaran mereka membangunkan semula kampung-kampung yang ranap selepas peperangan dan bencana alam.
Janganlah kita sempitkan skop dan ruang lingkup sedekah ni kepada bentuk wang ringgit saja. Banyak sebenarnya yang kita boleh sedekahkan selain dari wang ringgit. Ilmu yang baik, sumbangan dari segi tenaga dan kudrat. Sumbangan dari segi doa dan nasihat. Macam-macam lah. Janji niat kita ikhlas kerana Allah.
Mudah-mudahan kerja dan kehidupan kita akan menjadi lebih berkat dan sejahtera dengan amalan bersedekah 

Kredit

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *