Rezeki yang paling besar…isu sensitif

Adakala saya terfikir apakah sebenarnya rezeki yang paling besar dalam hidup ini? Namun bila saya dah berumur 31 kini baru saya sedar, harta yang paling hebat adalah anak-anak maka rezeki yang paling besar adalah kesihatan mereka. Saya cukup susah hati jika anak saya demam mahupun selsema atau batuk sekalipun. Walaupun saya bercuti buat masa ini tapi bukan mudah untuk memastikan mereka sihat setiap masa. Addin yang bersekolah setiap kali pulang dari sekolah saya pastikan dia mandi dahulu sebelum bermain dengan Nasa.Begitu juga selepas membawa pulang mereka ini dari taman permainan. Namun ya la, ini semua sekadar satu usaha biasa.

Apakah usaha luar biasa agar anak kita tidak mudah sakit ? Jika sakit sekalipun tidak sehingga tahap membimbangkan. Bagaimana ya?
Setelah meneliti beberapa pandangan peribadi orang2 di sekeliling saya yang lebih arif tentang kehidupan saya dapati apa yang anak kita lalui adalah kifarah atas perbuatan kita. Saya cuba melihat beberapa contoh mereka yang mempunyai masalah anak sering sakit dan berlarutan.

kes 1. Ibu bapa anak ini sering sibuk mengejar urusan dunia maka urusan akhirat dimudahkan dengan endah tak endah. Bila anak mula sakit, waktu itu Allah di utamakan.

kes 2. Ibu bapa yang sibuk melabur duit …saham sana sini. Duit banyak tapi anak sakit. Susah juga kan?

kes 3. Ibu bapa yang bekerja tapi sering mencuri tulang. Jika waktu balik kerja jam 5pm, jam 4.30pm dah keluar pejabat atas alasan takut “jam”. Hilang keberkatan rezeki

Saya mempunyai teman seperti ketiga-tiga kes di atas dan saya akui mereka mempunyai duit tetapi mereka kekurangan ketenangan kerana anak sering sakit.Sebagai manusia biasa kita tidak lari dari membuat kesilapan walau sekecil zarah…maka cara terbaik agar anak kita tidak melalui galang ganti atas kesilapan kita, kita digalakkan membuat solat sunat taubat setiap hari.

Begitu juga diri kita, kita disarankan berdoa untuk ibu bapa kita setiap hari.
“Ya Allah ampuni dosa kedua ibubapa ku, berkatilah mereka, tempatkan mereka di syurgaMu dan peliharakanlah mereka dari azab api nerakaMu”

Semoga dengan doa ini setiap hari, kita tidak melalui kifarah atas dosa2 lampau mereka.

Saya suka dengan pesanan hikmat ini” jangan mengejar dunia kerana dunia akan lari tetapi kejarlah akhirat maka dunia akan mengejarmu”.

Wallah hu alam.

Read more www.anakkuwiraku.com

6 thoughts on “Rezeki yang paling besar…isu sensitif

  1. salam kak. sy percaya juga sbb so far, alhamdulillah. anak sy sehat, even duet tak byk, tapi enuff. berkat, insyaallah.

    cume kekadang terpk, ade member2 sy yg antar anak kat umah mak or mentua. once a week baru blk tgk anak. kesian anak2 membesa bukan dgn kasih syg ibu bapa sendiri, tapi dgn kasih syg atok n nenek.

    demi rezeki agaknye the main reason parents tinggalkan anak kat umah mak bapa mereka? atau sbb sayang barangkali? tamau antar nursery or org lain jaga anak mereka nanti mungkin tak elok?

    tapi pd saya, satu hari tak pandang muka anak, tak buleh la… serious! even susah pon, biarla besarkan anak dengan cara kite sendiri. corakkan kain putih dengan warna kite sendiri.

    but choices are ours. money is important too. anak-anak are more important. (")v

  2. Ada kawan saya sibuk ajar cara labur duit, simpan duit macam saham la jugak, tapi anak dia pun sering sakit. Kalau demam sampai demam panas… agaknya cari duit sangat kot kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *