Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Menarik untuk tatapan kita…

Vitamin Memendekkan Umur?
Vitamin A, C, E serta Selenium dan
Beta Karotin memendekkan Umur?

Sesekali media-media dunia menyiarkan berita dari penemuan sains atau semakan terhadap laporan-laporan kajian sains dikenali sebagai analisa-meta (meta-analysis) yang dilakukan oleh saintis-saintis terkemuka.

Penyiaran hasil analisa-meta terbaru yang menggemparkan ialah konon vitamin A, C, E, selain Selennium dan beta karotin mempertingkat risiko kematian. Ia membawa maksud vitamin-vitamin boleh membunuh kita.

Laporan yang diterbitkan oleh Cochrane Library seperti disiarkan di internet pada pertengahan April tahun ini telah menarik minat media-media dunia dan menyebabkan orang-orang awam semakin keliru dan takut dengan vitamin. Adakah yang dilaporkan oleh saintis-saintis tersebut benar?

Rakan-rakan saya bertanya pandangan saya samada berita yang disiarkan dalam akhbar-akhbar dan internet bahawa vitamin boleh mempercepat kematian boleh diterima dan dipercayai.

Saya jawap secara ringkas. Semua orang apatah lagi saintis-saintis, doktor-doktor, pakar-pakar pemakanan sentiasa percaya bahawa saintis yang menjalankan penyelidikan atau melakukan analisa-meta yang melibatkan beratus-ratus laporan sains bukan calang-calang kepakaran mereka.

Setiap orang tahu mereka memiliki kekuatan dari segi kelayakan akademik, kepakaran, pengalaman dan mungkin juga nama. Jadi, sudah tentulah setiap orang mengatakan saintis-saintis tersebut menjalankan tugas dengan sempurna.

Orang juga akan mengatakan tidak mungkin mereka tidak beretika iaitu dengan melaporkan sesuatu yang membawa keburukan kepada masyarakat seluruh dunia.

Pengamal-pengamal serta saintis-saintis alternatif yang mahir dan berilmu memang telah masak dengan kaedah-kaedah yang digunakan oleh saintis-saintis tertentu untuk memutar-belit fakta. Yang cerah dikatakan gelap. Yang siang dikatakan malam. Yang tidak bahaya dikatakan bahaya.

Kalau diteliti secara sungguh-sungguh sebenarnya saintis-saintis yang menjalankan analisis-meta terhadap vitamin A, C, E selain Selenium dan beta karotin tersebut sebenarnya memang sudah biasa menjalankan kajian-kajian sains.

Kajian-kajian mereka ditaja oleh pengeluar-pengeluar ubat-ubatan moden. Setiap kali sebelum kajian dijalankan saintis-saintis boleh dikatakan sudah tahu setiap keputusan hasil kajian. Maksudnya keputusan dan kesimpulan dari setiap ujian wajib memihak kepada kehendak pengeluar ubat-ubatan moden yang menaja mereka.

Mereka berkerja dalam keadaan tertekan kerana silap hari bulan mereka tidak akan menerima wang tajaan baru, bungkus kain baju dan tidak bekerja. Jadi, dalam kes analisa-meta ini tidak menghairankan bahawa sebenarnya mereka melakukan kerja dan menghasilkan kesimpulan yang jadi bahan ketawa kepada yang mengetahui.

Oleh sebab kerjaya mereka bergantung kepada wang-wang tajaan selain mungkin otak mereka berfikir sehala seperti kuda lumba, mereka sedaya upaya cuba memuaskan kehendak pengeluar-pengeluar ubat-ubatan moden supaya mencemuh keberkesanan makanan-makanan tambahan. Mereka melakukan analisa-meta tersebut dengan kesimpulan yang telah mereka jangka dan harapkan.

Pengeluar-pengeluar ubat-ubatan moden memang sangat faham bahawa pengambilan makanan-makanan tambahan menjadikan manusia seluruh dunia lebih sihat. Apabila kurang berpenyakit sudah pasti orang kurang mendapatkan doktor untuk mendapatkan ubat.

Ubat-ubatan moden ialah periuk nasi pengeluar-pengeluar ubat-ubatan tersebut. Mereka telah menjalankan kajian-kajian klinikal yang menelan belanja ratusan juta ringgit. Semakin ramai orang sakit semakin ramai yang akan mendapatkan ubat-ubatan dari doktor dan hospital.

Saya tanya anda samada anda pernah dengar orang meninggal dunia kerana mengambil suplemen vitamin yang asli? Berapa ramai orang seluruh dunia yang meninggal atau menghidap komplikasi kerana mengambil ubat-ubatan moden termasuk masalah hati dan buah pinggang?

Bukankah pengambilan vitamin-vitamin, garam galian, makanan-makanan kaya nutrien (superfoods), bioflavonoid, herba dan pelbagai jenis nutrasiutikal membantu tubuh memulihara dan menyeimbangkan pelbagai sistemnya?

Sya percaya kita semua telah ketahui bahawa apabila diambil dengan cara dan gaya yang betul ia dapat membantu seseorang mencegah dari mengalami penyakit-penyakit degeneratif seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, obesiti dan pelbagai penyakit lain.

Sekarang saya terangkan bagaimana saintis-saintis tersebut melakukan analisis-meta dan menghasilkan kesimpulan yang menggemparkan.

Terdapat sejumlah 452 laporan yang melakukan kajian terhadap fungsi vitamin A, C, E, selain Selenium dan beta karotin. Mereka mengketepikan sebanyak 405 laporan-laporan kajian yang melibatkan pengambilan suplemen-suplemen tersebut oleh orang-orang yang bukan diambang kematian dan tiada seorang pun didapati meninggal kerana mengambil vitamin-vitamin tersebut.

Mereka hanya fokus semakan terhadap sejumlah 47 laporan kajian yang mengkaji kesan pengambilan bahan-bahan tersebut pada orang-orang yang mengalami pelbagai masalah kesihatan kronik serta sedang menunggu saat kematian. Kemudian mereka mendakwa semakan mereka menunjukkan vitamin-vitamin A, C, E selain Selenium dan beta karotin mempertingkat risiko kematian.

Jika kita guna akal yang sihat kita akan kata bahawa oooo… begitu caranya mereka jalankan semakan analisa-meta dan mendapatkan ‘bukti’. Mereka menjalankan analisa-meta bukan secara jujur iaitu mengketepikan semua kajian yang menunjukkan bahawa vitamin-vitamin dan suplemen tersebut menghalang kematian dan mereka terus hidup.

Jumlah laporan ini lebih besar berbanding dengan yang diberi vitamin ketika menjelang saat kematian.

Saya terangkan secara analogi supaya anda lebih faham apa yang mereka telah lakukan. Sesiapa pun boleh temui bukti untuk menyokong sebarang kesimpulan yang sudah jangka.

Katakanlah saya menghimpun dan menyemak 200 kajian mengenai kesan aspirin kepada ereksi. Katakanlah juga aspirin mempertingkat dan memanjangkan tempoh ereksi pada kaum lelaki. Kaum wanita pula tidak menunukkan sebarang kesan atau kesan kecil (marginal) yang tidak signifikan secara statistik.

Mari kita secara suka-suka memutuskan untuk ketepikan semua kajian melibatkan kaum lelaki. Kemudian kita tumpukan perhatian kepada wanita sahaja.

Selepas itu kita umumkan – dengan bukti yang menyokong – bahawa ‘aspirin dikaitkan dengan ketidakupayaan Ereksi!’ Mengapa? Sebab tiada seorang pun dalam kumpulan yang kita analisa mengalami ereksi.

Memanglah begitu kesimpulannya sebab semua subjek dalam kajian itu ialah wanita. Ini menunjukkan dengan secara suka-suka mengketepikan kajian-kajian tertentu dari analisa kita boleh “buktikan” apa-apa pun yang kita kehendaki walau pun sebenarnya ia tidak masuk akal.

Sekarang, anda tahu siapa yang bermain dengan fakta dan etika. Sesuatu laporan berdasarkan semakan-pakar (peer-review) menjadikan setiap orang mudah menerima tanpa berfikir.

Laporan-laporan sebegini cuba menyampaikan bahawa vitamin-vitamin dan secara tidak langsung suplemen-suplemen lain termasuk herba tidak selamat. Adakah ia memanafaatkan kita? Siapa yang untung dan siapa pula yang akan rugi?

Bahrain Samah, RH (AHG)
Pakar Runding Kesihatan Holistik – Kuala Lumpur
ARTIKEL-ARTIKEL NUTRISI HOLISTIK
http://www.artikelcikguherba1.blogspot.com/

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *