Belanjawan 2025 Peluang Jana Pendapatan
Belanjawan 2025 mendapat pujian hebat dari netizen namun tak kurang juga dengan kecaman yang diberikan. Ada yang melihat tahun 2025 sebagai tahun bertambah cabaran dan ada juga yang mentafsir sebagai tahun yang membuka peluang terutama yang optimis.
Ada juga pendapat yang menyetakan dengan gaji saranan 2025 dalam pembentangan Belanjawan 2025 ibarat mendapat madu ditangan pekerja dan racun di tangan majikan. Mana taknya majikan atau pengusaha perlu menyediakan lebih bayarran KWSP dan Socso pekerja apabila gaji minima perlu dipatuhi.
Lebih sakit lagi apabila yuran taska dinaikkan kepada 25% mulai tahun hadapan.
Adakah kita yang bekerja dari rumah akan berdiam diri dan terima sahaja?
Saya yakin ramai yang mula menawarkan diri sebagai pekerja Grab, Foodpanda, Maxim, Lalamove dan sebagainya sebagai persediaan ekonomi akan datang. Namun adakah ia satu jaminan?
Dijangkakan akan datang ramai yang terdedah kepada penyakit jiwa seperti tekanan jika hanya fokus dengan keperluan duit semata.
Sebenarnya dengan kenaikan gaji secara langsung kenaikan harga barang dan inflasi juga turut meningkat.
Saya yakin jualan atas talian juga berganda meningkat kerana ketiadaan masa kita nak keluar berjalan ditambah hidup perlu dimanfaatkan sepenuhnya menncari duit.
Mall yang besar perlahan-lahan akan sunyi dari kunjungan orang ramai. Orang lebih suka membeli atas talian kerana pastinya lebih murah berbanding harga di kedai-kedai di mall yang diselitkan dengan harga kos kedai dan pekerja.
Inilah peluang untuk menjadi penjual atas talian. Bimbingan yang kini banyak dilakukan atas talian menjimatkan masa, kos minyak, dan wang ringgit.
Permintaan akan berterusan cuma ia bertukar kepada atas talian. Mereka yang dulunya ahli kepada sesuatu produk perlu mengambil peluang untuk menyediakan khidmat nasihat dan melengkapkan diri dengan ilmu dan keperluan manusia akan datang.
Setiap masalah pasti mewujudkan peluang yang sesetengah orang akan nampak. Jangan terlalu risau memikirkan kerja Tuhan. Sebagai manusia kita lengkapkan diri dengan keperluan rohani agar kita tak terjejas teruk dengan masalah kehidupan.