Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Antara dua persimpangan….

Benarkah kita semua mempunyai pilihan? Namun yang pasti bila kita dalam sebuah perjalanan, kita pasti akan bertemu dengan simpang….sama ada nak belok ke kanan atau ke kiri mengikut hala tuju kita bergerak tadi.

Dalam kehidupan seharian, kita pasti akan menemui dua persimpangan….

Shaklee Miri

Persimpangan yang saya maksudkan ialah antara sebuah kehidupan biasa atau kehidupan yang luar biasa. Namun dalam memilih dua persimpangan ini kita akan TETAP PASTI bertemu dengan CABARAN dan disitulah datangnya pengorbanan.

Ya bila seseorang itu memilih untuk hidup biasa…cukup dengan apa yang ada…CABARAN yang dia lalui ialah tekanan dari luar yang dia perlu bertahan contohnya…harga barang naik, segala keperluan perlu berjimat cermat, keinginan yang terpaksa dilupakan, impian yang terpaksa dibiarkan berlalu begitu sahaja, adakala diri terasa rendah diri bila tak mampu nak beri pada anak-anak apa yang mereka hajatkan…dan banyak lagi.

Tidak lepas juga simpang yang lagi satu…jika seseorang itu memilih untuk hidup yang luar biasa, mahukan perubahan….dia perlu melalui CABARAN untuk laluan itu pula. Dikala kita cuba berubah, kita akan temui orang yang akan mematahkan semangat kita, yang memperleceh apa yang kita usahakan, orang yang memandang rendah kebolehan kita, orang report pada orang atasan, orang yang salah sangka dengan apa yang kita katakan ….banyak lagi.

Maka dua persimpangan ini memerlukan pengorbanan…sama ada kita yang berkorban atau kita yang terkorban. Maka di sinilah kita punya pilihan untuk memilih simpang mana yang kita nak lalui.

Kerana hakikatnya kedua-dua simpang ini kita akan tetap bertemu dengan “CABARAN”. Namun pesan orang bijak pandai …jika pilih simpang untuk hidup yang luarbiasa pastikan dekat dengan mentor, dekat dengan guru yang telah berjaya dalam bidang itu. Bila berguru jangan lupa letakkan nilai hormat pada guru supaya ilmu itu berkat dan hidup dinaungi rahmat.

Dua persimpangan….. kehidupan kita hari ini adalah simpang yang kita pilih.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *