Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Aktiviti anak

Seharian Addin sibuk membaca buku… jika sebelum ini dia begitu sibuk dan tekun menyiapkan puzzle KFC. Bagusnya KFC telah mengambil satu langkah bijak apabila mengeluarkan puzzle KFC yang boleh di dapati percuma apabila membeli child meal.Walaupun ia mempunyai 100 keping di pasangkan namun Addin telah berjaya melakukannya! Alhamdulillah.

Abah Addin suka membelikan anak-anaknya permainan yang boleh menguji minda anaknya kerana pada beliau barulah berbaloi duit yang dilaburkan. Di rumah kami terdapat sebuah bilik yang dipenuhi dengan buku cerita Addin, permainannya (yang berkotak2) dan alat aktiviti bagi menguji mindanya seperti puzzle.Puzzle pula sebenarnya terdapat dalam banyak bentuk. Bukan sekadar memadankan kepingan menjadi gambar tapi juga terdapat dalam bentuk pattern puzzle,IQ Logic dan banyak lagi.Kami mengetahuinya melalui booth yang dibuka di shopping complex Boulevard especially pada hari minggu.

Maklumlah kami jarang ke kedai specific kanak-kanak di sini seperti Toy’s World memandangkan harganya yang *****. Berbeza dengan Semenanjung, ada Toy’ R Us, harganya juga reasonable. Yang untungnya bila beli barang2 begini boleh diguna semula untuk Nasa apabila tiba masanya nanti.

Benarlah kata pepatah…alah membeli menang memakai.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *