Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Bukan mesin jahit biasa.

Selama saya berumahtangga saya tak pernah ada mesin jahit. Pada saya janji pandai jahit kalau setakat nak jahit butang, lipatan seluar atau zip jahit aje la guna tangan.

Tapi lately datang minat nak menjahit kaki jubah yang saya beli di Mekah dan Madinah. Jenuh juga menjahit guna tangan….hehehe alasan nak beli mesin jahit.

So saya pun belilah sebuah mesin jahit simple dan penjual kata memang sesuai bawak travelling.

Hah travelling? Kalau bawak LCD projector untuk travelling tu betul la kan….saya cuma nak satu aje supaya senang nak jahit.

Lepas beli pandai cari cikgu jahit. Sapa lagi kalau bukan Kak Su [ wife abang Awang Ikhsan].

Selama 1 jam saya belajar jahit kaki jubah dan kaki seluar sekolah Addin.

Best juga.

Lepas ni nak buat projek simple. Nanti dah siap baru saya upload.

Ni la dia mesin jahit simple tu….

So lepas ni jahit kaki seluar suami atau jubah sendiri tak perlulah masa yang lama.

Simple but nice.

Nanti saya share kan hasil projek saya bila dah siap lagi ya!

Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Bukan mesin jahit biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *