Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Tips agar anak kekal sihat

Sebagai ibu ayah, menjadi harapan agar anak-anak kita membesar dengan sihat bagaikan juara. Dikala anak kita demam atau batuk selsema, pastinya sebagai ibu akan susah hati kerana bila anak jatuh sakit, sudah pasti kualiti tidur mereka juga akan terganggu.
Namun satu yang saya belajar, anak sakit sebenarnya adalah salah satu tanda yang Allah hantar pada ibu bapa agar mereka tidak terlalu fokus dengan karier mereka hingga melupakan tanggungjawab pada keluarga. Rata-rata kesibukan kerja membuatkan ibu ayah alpa seketika untuk memberikan perhatian pada anak mereka.
Arwah mak dulu selalu pesan, bila dah kerja dari rumah…pastikan keperluan anak-anak diutamakan. Ia juga salah satu cara menjemput rezeki bila anak didahulukan. Bila mereka balik dari sekolah, saya akan pastikan mereka mandi dan kadang2 saya mandikan mereka supaya lebih bersih dan cepat… Selepas bersiap, saya akan suapkan makan tengahari, supaya rumah kekal bersih. Barulah saya hantar mereka ke sekolah agama pada sesi petang. Jika hari cuti, selepas makan tengahari, saya bentangkan tilam untuk mereka di depan tv hingga la mereka terlena sekejap waktu petang. Kemudian barulah saya mulakan urusan bisnes di depan laptop. 
Begitu juga masa nak tidur, saya akan pastikan sama sama masuk tidur….supaya mudah kerja kemudian nanti. Paling penting, urutkan minyak pada tapak kaki dan betis anak setiap malam supaya mereka dapat tidur yang lena dan berkualiti. Jika ada tanda-tanda nak demam atau selsema, saya akan usahakan bangun jam 2-3 pagi untuk sapukan minyak dibelakang dan bahagian dada mereka.
Paling sibuk adalah waktu closing bisnes setiap hujung bulan…namun sebab saya dah biasa utamakan mereka….saya akan pastikan malam closing family makan yang sedap. Sama ada makan diluar atau saya masakkan. Bila semua dah stabil baru mudah nak fokus pada closing. Anak dan suami pun tenang bila kita sibuk depan laptop.
Selain itu, saya memang sediakan supplements untuk mereka setiap hari dan menjadi amalan hingga hari ini. 3 vitamin yang saya wajibkan mereka ambil 2 kali sehari iaitu ESP Shaklee, Meal Shakes dan Performance Drink. Set ini dipanggil Tripple Gems.
Selain itu, Omega dan Vitamin Chewable juga saya berikan demi membantu perkembangan otak dan sistem imun dengan lebih baik.
ESP Shaklee – Kandungan asid amino penting bagi membantu membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. LIHAT >> Fakta menarik ESP 
Meal Shakes: merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein. LIHAT >> Mengapa Meal Shakes dikatakan makanan Pelengkap Kanak-Kanak?

Performance Drink sejenis minuman isotonik tanpa gas [ berkarbonat] dan bagus untuk menstabilkan elektrolit dalam tubuh. LIHAT >> Apakah elektrolit dan kepentingan dalam tubuh?

Sekurang-kurangnya sebagai ibu ayah, kita usaha berikan anak yang terbaik. Pengambilan supplement membantu badan mereka mendapat semua zat makanan yang seimbang dan diperlukan oleh badan.
Secara kesimpuluan, selain berikan keperluan yang wajib pada anak-anak, sebenarnya, jangan lupa sentuhan juga sangat penting. Peluk cium dan memberikan urutan sebelum tidur salah satu cara yang membantu anak kita kekal sihat dari segi emosi dan rohani.
Bila anak sihat, kita sebagai ibu ayah nak fokus kerja juga menjadi lebih mudah dan kita kerja juga pasti lebih efisien. Wallahu alam.
Anak ni penyeri rumahtangga, kehadiran mereka mengundang rezeki suami isteri menjadi lebih hebat. 

🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 

 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#ShakleeMarang
#shakleekubangikan
#ESPShaklee
#Mealshakesshaklee
#PerformancedrinkShaklee
Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *