SHAKLEE MALAYSIA

MASTER COODINATOR SHAKLEE MALAYSIA

“Ibu, Addin pun nak tidur atas tilam”

“Ibu, Addin pun nak tidur atas tilam”

Kisah ini menjadi titik tolak mengapa saya bersama bisnes Shaklee hingga hari ini.

“Ibu, Addin pun nak tidur atas tilam” rengekkan Addin pada satu pagi.

Masa tu masih dalam pantang, dalam hati ni masih berbelah bahagi nak hantar anak ke pengasuh.. ada lagi 2 bulan untuk buat keputusan… Teruskan mengajar atau Teruskan Cuti Jaga Anak..
( Zaman tu cuti Jaga Anak dibenarkan sehingga 3 tahun)

Menjadi turning point saya nak terus cuti jaga anak bila anak sulung saya , Addin yang berumur 4 tahun minta belikan tilam.. Masa dalam pantang kami tidur di ruang tamu, hanya saya dan Nasa sahaja yang tidur atas tilam manakala Addin dan Abah tidur beralas comforter sahaja.

 

Hati ibu mana yang tak tersentuh ditambah kita dalam pantang. Kebetulan masa tu tengah bulan, syukur ada bonus Shaklee .. tak banyak cuma RM500.. dengan duit tu saya minta suami belikan satu lagi tilam agar kami semua tidur ber lapikkan tilam…

Selepas itu baru saya terfikir, kenapa saya tak buat sahaja Shaklee sambil jaga anak? Dan dari situ bermulalah saya menulis blog yang kini dah menjadi www.anakkuwira.com.

Masa tu saya mula nampak… mungkin Allah sedang tunjuk jalan perlahan-lahan.

Saya bukan terus yakin. Tak terus nampak masa depan. Saya cuma seorang ibu yang tengah berpantang, hati rapuh, emosi tak stabil dan terlalu fikir tentang anak-anak. Dalam kepala cuma satu… “bolehkah saya besarkan anak sendiri tanpa abaikan kewangan keluarga?”

RM500 bonus Shaklee tu mungkin kecil bagi orang lain. Tapi bagi saya waktu tu, nilainya besar sangat. Sebab ia datang tepat pada waktu saya rasa serba kekurangan. Saya tak guna duit tu untuk diri sendiri pun.

Saya cuma nak anak saya tidur selesa atas tilam.

Malam tu saya pandang anak-anak tidur. Dalam hati saya terdetik… kalau dengan menulis dan berkongsi pengalaman pun boleh bantu keluarga sedikit demi sedikit, kenapa saya tak cuba bersungguh-sungguh?

Dari situlah saya mula belajar menulis blog. Siang jaga anak. Malam bila semua dah tidur, saya menulis. Kadang sambil menyusu, kadang sambil tahan mengantuk.

Blog tu bukan terus popular. Tak terus jana pendapatan besar. Tapi saya percaya satu benda… bila kita buat sesuatu dengan niat nak bantu orang dan bantu keluarga, Allah akan buka jalan.

Saya mula berkongsi tentang pengalaman menjadi ibu, tentang anak, tentang kesihatan, tentang kehidupan sebenar seorang suri rumah yang cuba mencari ruang untuk membantu suami tanpa meninggalkan anak-anak.

Tak sangka tulisan yang asalnya cuma luahan hati seorang ibu akhirnya dibaca ramai orang.
Dari seorang yang takut nak hantar anak ke pengasuh, saya akhirnya jumpa cara untuk bekerja dari rumah sambil tengok anak membesar depan mata sendiri.

Dan sampai hari ini, setiap kali orang tanya macam mana semuanya bermula… saya akan ingat semula kisah tilam kecil itu.

Kadang-kadang turning point hidup kita bukan datang dari perkara besar pun. Kadang ia datang dari hati seorang anak kecil yang cuma meminta sebiji tilam.

Bisnes Shaklee, Hidup lebih sihat, Ekonomi lebih baik

Berminat nak cari pendapatan dengan Shaklee? Jom wasap sini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *