Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Usaha dulu…tatapan ibu yang mengandung

Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu yang diciptakanNYA. Namun sebagai makhluk kita perlu 3 perkara penting dalam hidup iaitu Usaha, Doa dan Tawakal. Namun ramai antara kita yang lupa untuk yang kedua dan ketiga itu tidak lupa juga yang serahkan bulat-bulat pada takdir. Kisah yang ibu akan tulis ini sebenarnya membuatkan ibu benar2 mengambil iktibar atas sikap alpa manusia dalam menjalani kehidupan ini.

Ariwana( bukan nama sebenar) sangat gembira dengan berita yang diterimanya iaitu beliau disahkan mengandung setelah hampir 3 tahun menunggu. Syukur. Berita itu disebarkan kepada semua ahli keluarga , saudara mara dan rakan taulan. Sepanjang mengandung beliau banyak membaca bagaimana untuk menguruskan anak apabila si bayi ini lahir nanti. Ariwana tidak begitu mengendahkan mengenai pemakanan walaupun hakikatnya perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Ditambah pula emaknya selalu memberitahu, memadai dengan makanan harian. Ditambah lagi emaknya memesan jangan makan vitamin doktor mahupun yang dijual di farmasi. Ini semua boleh membuatkan bayi besar dan susah untuk melahirkan nanti. Yang lebih dahsyat emaknya suka menakutkan dengan berkata, kalau beranak potong tu lagi sakit, bertahun nak baik luka dalam.

Maka nak dijadikan cerita Ariwana melalui sembilan bulan mengandung dengan seronok dan gembira sekali. Masa untuk bayi ini lahir telah tiba. Kuasa Allah menentukan segalanya. Ariwana terpaksa melahirkan anaknya secara ceaserean kerana komplikasi yang dihadapinya. Ariwana terpaksa redha. Bertambah sedih bayinya dikatakan punya masalah kesihatan akibat kurang vitamin.

Kini Ariwana sangat sedih apabila melihat bayinya yang berada dalam keadaan yang kurang sihat ditambah dengan berat yang hanya 1.9kg. Kini Ariwana berusaha untuk menyusukan anaknya agar anaknya sekurang-kurangnya sihat dan beransur kuat. Ariwana kini sibuk membaca buku pemakanan untuk mendapatkan ilmu bagaimana untuk memperbaiki keadaan.

Pengajaran yang boleh ibu kongsikan ialah, sesungguhnya setiap kelahiran anak adam itu telah tertulis sama ada normal mahupun ceaserean. Namun sebagai seorang ibu, kita perlu berusaha untuk mendapatkan anak yang sihat tubuh badannya. Perlu ada usaha untuk melahirkan anak yang sihat dan bukan dengan memegang prinsip TAKUT MAKAN VITAMIN NANTI ANAK YANG LAHIR BESAR. Sekurang-kurangnya kita berusaha dengan jaga pemakanan, ambil vitamin dan bersenam disamping berdoa segala yang terbaik buat si anak. Jangan jadi manusia yang jahil yang hanya tahu menyalahkan takdir.

Ibu doakan Ariwana tabah melalui kehidupan yang mendatang. Masih belum terlambat untuk kita mengukir masa depan yang baik!

Read more www.anakkuwiraku.com

7 thoughts on “Usaha dulu…tatapan ibu yang mengandung

  1. Ada kebenaran pada cerita ini… Jangan sesekali memandang ringan pada vitamin2 nie… Cam ummi dulu… makan segala macam vitamin yg doktor beri… Hasilnya…baby sihat dan sangat chubby. Baby berat 3.8 kg…secara normal… hahaha… Kalo ummi suka baby beso…sangat cute 🙂

  2. mase ngandung dulu tak bleh makan ubat yang doktor beri..ape ntah name die,lupe plak. Kalau makan, sakit kepala yang amat sangat. So, makan buah2 n sayur2 lebih je. Plus! makanan wajib, kurma.

  3. hm, mandai2 je mak die, die doktor ke? tahu takut baby besar, xtakut plak klu baby kecik sgt kan… hm, sume amik pengajaran ye… shira amik homeopathy ms mngandung… depend pd org jgk, tp alhamdulillah, spjg prgnnt hb, blood presure normal je, xde kurang, xde lebih.. tp ada kwn yg mkn salindah, hb kurang plak…

  4. Salam ibu,moga sht n ceria selalu dspmng family tercinta.

    Mmg ada yg berfikirn macamni…n terjadi pada saya..saudara mara saya sndri bgtau jgn makn2 ubt doc bagi nnt itu dan ini…Alhmduillah saya tak termakan kata2 mereka..

    Yg pentng ibu2 tu sndri yg kena byk ilmu ttg kehamilan mereka.

  5. aha, betul tu. kan mmg da tertulis rezeki anak tu dalam Loh Mahfuz lagi. lahir dia camne, hidup ke mati ke, rezeki dia, semua da tertulis. kita kene berdoa spy diberikan yg terbaik utk keluarga kita.

    and, bukankah kite sebagai seorg ibu kene fikir yang terbaik utk anak kite. agree? utk menjadi seorg ibu yg berilmu bukan nya mudah. nowadays, banyak ibu-ibu yang lebih pentingkan appearance anak mereka, baju n kasut mustilah branded daripada memberi makan vitamin kepada anak mereka. alasannya, mahal harga vitamin atau mereka masih kecil lagi utk diberikan vitamin. wallahualam.

    apapun, tepuk la dada, tanya selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *