Tak Masuk Rugi, Dah Masuk Jangan Keluar

Zaman sekarang ni, kalau nak beli apa-apa, semua orang pandai cari diskaun dulu. Masuk Shopee, terus cari voucher. Masuk Watsons, cari bundle deal. Pergi kedai mamak pun ada yang minta “Bang, teh tarik kurang manis… tapi bagi lebih buih ya.” Semua nak value for money.
Tapi peliknya, bila bab supplement yang masuk dalam badan, bantu tingkatkan kesihatan diri dan anak-anak, ramai pulak buat-buat tak nampak bila ada promo. Lagi pelik — bila dia tahu ada promo, dia kata, “Ala… bukan ahli pun boleh beli kan?”
Ha, ni la mentaliti yang saya nak cerita dalam posting hari ni. Pasal pentingnya jadi ahli Shaklee, dan kenapa rugi sangat kalau tak grab keahlian — terutama bila promo tengah meletop.
Jadi Ahli Bukan Sekadar Dapat Diskaun, Tapi Dapat ‘Jalan Laju’
Ramai orang fikir, jadi ahli ni cuma untuk dapat diskaun. Ya betul, jadi ahli Shaklee terus dapat harga ahli — up to 20% diskaun dari harga biasa. Tapi saya nak kalian semua tengok benda ni dari sisi lain. Bila kita jadi ahli, sebenarnya kita dah duduk dalam ‘fast lane’ kesihatan dan kewangan.
Macam highway ada lorong SmartTAG. Yang tak ada, beratur panjang. Yang ada, fuhh… jalan terus! Begitu juga bila jadi ahli — kita bukan saja dapat barang dulu, dapat update dulu, kadang-kadang promo khas pun hanya untuk ahli sahaja. Yang bukan ahli? Nampak je poster. Klik nak beli… opss sorry! Only for members 😬.
Bayangkan orang lain tengah kelam kabut cari vitamin masa anak dah selsema seminggu, awak pulak tenang je buka almari — Vitamin C, Nutriferon, Omega Guard semua ready stok. Sebab apa?
Sebab awak dah biasa restock masa promo ahli.
Promo Shaklee Datang Tak Ketuk Pintu – Tapi Yang Ahli Je Dapat Jemputan Masuk
Nak tahu tak saya pernah tengok dengan mata sendiri: satu promo Vivix, beli 2 botol, dapat cashback RM30.
Tapi… hanya untuk ahli. Yang tak ahli, bayar harga retail biasa. Beza dia kadang-kadang boleh buat bayaran parking KLCC sebulan.
Ada satu customer tu, saya share la pasal promo. Dia kata, “Takpelah, nanti saya fikir-fikir dulu.”
Dua hari lepas tu, dia contact balik, “N ! Promo tu valid lagi ke?” Saya kata, “Sayangnya… habis semalam.”
Dia balas, “Aduhhh rasa macam tengok ayam goreng dalam mimpi tapi tak sempat gigit.”
Haaa… itulah dia. Promo Shaklee ni kadang kejap je, tapi untungnya jangka panjang — sebab supplement tu bukan macam beli jajan, makan sekali terus habis. Ni masuk dalam badan, bagi manfaat lama.
Tapi kalau kita asyik tunggu, tunggu dan tunggu, tahu-tahu dah rugi triple: rugi diskaun, rugi cashback, dan rugi stok sendiri.
Keahlian Tak Perlu Berniaga Pun Tak Apa — Tapi Rugi Kalau Tak Gunakan
Ni satu lagi mitos masyarakat: “Saya tak nak jadi ahli sebab saya tak nak buat bisnes.” Haa, saya nak bagi contoh senang faham.
Awak masuk member kedai buku, adakah terus kena buka kedai buku? Tak pun.
Kita jadi ahli sebab nak harga ahli, nak reward, nak tahu promo dulu. Itu je.
Sama jugak dengan Shaklee. Jadi ahli bukan bermaksud anda kena terus jadi Master Coordinator esok pagi. Kalau anda nak beli untuk makan sendiri, family, anak-anak — pun dah berbaloi sangat.
Malah, ramai je ‘silent member’ Shaklee yang tak pernah share satu post pun, tapi setia jadi ahli sebab tahu betapa banyak jimat bila jadi ahli.
Lagi satu, bila dah jadi ahli ni, senang nak jaga kesihatan keluarga sebab kita dah ada ‘akses dalaman’.
Ilmu pemakanan, info produk, support group — semua tu tersedia.
Jadi takdelah kita main beli je vitamin sebab tengok viral kat TikTok. Bila jadi ahli, awak tahu kenapa kena ambil, bila nak ambil, dan berapa dos sesuai.
Kekalkan Keahlian: Jangan Masuk Lepas Tu ‘Tutup Lampu’
Ni pun saya nak pesan dengan penuh kasih sayang. Ramai orang semangat daftar ahli masa promo… lepas tu senyap. Lama-lama akaun expired.
Rugi tak? Jawapannya: rugi besar.
Sebab kadang-kadang keahlian tu hilang masa tengah ada promo gempak!
Bila expired, anda kena daftar semula — dan kalau masa tu promo pun dah tamat, menangis tak berlagu. Tambah pulak kalau anda jenis restock vitamin setahun sekali, lagi la patut kekalkan keahlian. Sekurang-kurangnya masa beli banyak tu, anda jimat beratus ringgit sebab dapat harga ahli.
Jangan risau, nak kekal ahli bukan susah. Beli je minimum belian setiap tahun (kadang cuma satu dua produk pun cukup dah!). Kalau tak pasti, saya boleh tolong semak. Janji anda tak keluar dari ‘kelab orang bijak’ ni.
Akhir Kata: Jadi Ahli Ni Macam Masuk Geng VIP — Tapi Harga Rakyat
Bayangkan anda ada kad VIP satu jenama, tapi kad tu tak perlu bayar yuran tahunan, takde syarat pelik-pelik, dan bagi anda harga eksklusif + info khas + peluang cash reward + support kesihatan — semuanya dalam satu.
Itulah keahlian Shaklee.
Murah, untung dan berbaloi. Tak kisah la awak nak buat bisnes ke tak. Kalau awak sendiri dan keluarga makan produk Shaklee, jadi ahli ni langkah paling logik dan bijak. Dah la jimat, lepas tu boleh rebut promo eksklusif, dan paling best — awak tak tertinggal info penting bila dunia Shaklee ‘meletup’ dengan offer.
Saya tak nak anda jadi macam yang selalu kata, “Alamak… kalau aku tahu awal-awal…”
So, sebelum promo bulan ni habis, cek status keahlian anda. Dah jadi ahli ke belum? Dah expired ke? Dah renew ke belum? Kalau belum, jom saya bantu. Kita sama-sama jadi ‘ahli bijak’ yang bukan saja jaga kesihatan, tapi juga jaga bajet poket 💰💪
Jika baru nak register menjadi ahli Shaklee meh klik sini