Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Stress boleh datangkan banyak penyakit?

Alhamdulillah baru selesai kelas bersama anak-anak Shaklee di Miri. Terima kasih buat semua yang hadir. 

Malam ni sebelum nak lelapkan mata saya nak share kan betapa pentingnya menjaga mood yang baik dan pentingnya bebas dari stress.

Stress atau dalam bahasa Melayu dipanggil tekanan. Setiap orang mempunyai tekanan dari sudut pandang yang berbeza. Ibu yang bekerja dan pulang ke rumah dengan kerja dirumah pula pasti stress jika kepenatan. Suami yang bekerja dengan penuh proposal nak kena siap dan adakala tertekan dengan tugasan opis yang tak pernah sudah memang boleh dapat tekanan.

Tekanan ini secara perlahan-lahan menyebabkan kita merasa letih. Ia boleh merosakkan mood dan tanda awal stress ialah sakit kepala, sinus, dan batuk yang tak baik-baik.

Saya perasan mereka yang pernah saya konsult terutama pesakit kanser berpunca daripada stress akibat kerja. Mungkin secara kebetulan. Walaupun ada beberapa sebab terjadinya kanser namun salah satunya ialah disebabkan stress.

Bila stress imun kita akan mula menurun. Jika ianya berlaku secara berlarutan ia boleh mengundang kepada banyak penyakit termasuklah kanser. Maka oleh itu betapa pentingnya kita menjaga emosi, mood dan pemakanan harian kita.

Memang kita biasa dengan vitamin C namun berapa ramai yang menjadikan ianya sebagai amalan seharian? Mungkin ada yang bagi tahu mereka makan buah setiap hari tapi adakah ia mencukupi?

Semuanya balik kepada diri. Namun pemergian isteri salah seorang sahabat suami saya memang menginsafkan apabila allahyarhamah masih muda dan meninggal kerana penyakit kanser. Semuanya memang aturan ALLAH namun kita perlu usaha untuk menjaga dan memelihara kesihatan yang ALLAH beri sepanjang kita sihat.

Banyakkan selawat ke atas nabi juga membantu atasi stress tau. Jadikan ia amalan. Nescaya memang nampak jalan dalam apa jua cabaran. Moga kita semua sihat fizikal dan rohani.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *