Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Nak berjaya dalam Shaklee…..

Semua orang dilahirkan sebagai pemenang. Memang biasa dengar ayat ini dalam mana-mana kursus motivasi. Namun uniknya ramai pun yang tak faham kat mana datangnya pemenang.

Setiap kita dilahirkan dengan keunikan tersendiri. Saya yakin semua nak berjaya. Pastinya kami dalam Shaklee ingin berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Ia bukan satu yang mustahil kerana kami tak pernah diberi atau memberi janji kepada sesiapa dalam organisasi Shaklee kami kerana untuk berjaya dalam Shaklee semuanya datang dalam diri sendiri.

Walaupun begitu ada juga yang berkata…bagaimana saya nak berjaya dalam Shaklee sedangkan ramai dah jadi ahli Shaklee? Ini memang biasa. Kadangkala kita terlupa ….

Shaklee Miri

Anak pokok juga perlu bersaing dengan rumput dan lalang untuk hidup.

Jadi persaingan itu satu perkara yang sangat membantu untuk kita terus maju. Namun hanya segelintir yang merasakan persaingan itu yang buatkan mereka tak boleh berjaya.

Bila kita fokus dengan masalah memang tak dapat buat apa pun. Tak de penyelesaian pun sebab dok sibuk nak tuding jari kat orang lain.

Adakala kita lupa yang beri rezeki tu……

Ujian atau apa juga cabaran itu untuk kita sedar dari lena….

Adakala bila sibuk dengan urusan dunia…ALLAH bukan lagi yang utama.

Kita berniaga, sibuk cari pelanggan, buat iklan bagai dan promosi hebat….ALLAH kita jadikan sampingan.

Mana nak datang pelanggan kalau bukan gerak ALLAH? Mana nak datang untung kalau bukan dengan rahmat ALLAH? Mana nak datang ilmu kalau bukan izin ALLAH?

Semuanya izin ALLAH namun kita tak sedar. Masa susah, diuji di awal usaha….kita sering diingatkan tentang ALLAH. Tapi bila dah mula berjaya dan kita sangkut kita terlupa pula puncanya diri kita dengan ALLAH tidak menjadi keutamaan.

Jujurnya nak berjaya dalam Shaklee atau apa jua bidang yang kita usahakan….jadikan ALLAH yang utama. Pastikan ALLAH dalam kehidupan supaya apa yang yang kita usahakan membuahkan kejayaan.

Meluah perasaan pada suami, sahabat dan mentor leganya hanya seketika Tapi percayalah luah pada ALLAH.

Semuanya balik pada kita.

Namun ingat, jangan pula sampai lupa usaha dan bergantung pada doa semata-mata. Kita tetap kena usaha namun rezeki itu datang dari ALLAH.

Saya yakin ramai yang boleh berjaya dalam Shaklee atau apa jua bisnes anda usahakan. Paling pasti usaha, doa dan tawakal dijadikan pegangan dalam kehidupan.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *