SHAKLEE MALAYSIA

MASTER COODINATOR SHAKLEE MALAYSIA

Buah Tin: Buah Syurga Yang Kaya Khasiat & Kuasa Anti Kanser (Anti Angiogenesis)

Buah Tin: Buah Syurga Yang Kaya Khasiat & Kuasa Anti Kanser (Anti Angiogenesis)

Di balik rasanya yang manis serta tampilan dan teksturnya yang unik, ada banyak manfaat buah tin yang boleh kita dapatkan. Berbagai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam buah tin diketahui baik untuk menjaga kesihatan saluran pencernaan hingga mencegah terjadinya penyakit kanser.

 

Kalau kita tengok cara buah tin bekerja dalam badan, memang jelas kenapa ia dianggap antara makanan semula jadi terbaik untuk menyokong tubuh melawan pembentukan sel kanser.

 

Sel kanser ni sebenarnya licik. Dia pandai bina “jalan baru”—salur darah baru untuk dapatkan makanan. Proses ni dipanggil angiogenesis.

Dan di sinilah buah tin buat kerja macam polis trafik.

Buah tin kaya dengan fitokimia dan polifenol yang bantu:

  • Halang pembentukan salur darah baru yang bagi makan sel kanser
  • Ganggu laluan nutrisi sel rosak
  • Lemahkan sel abnormal sehingga ia mati perlahan-lahan

Dalam bahasa paling mudah, sel kanser ni ibarat pokok. Kalau tak dapat air… lama-lama mati sendiri.

Inilah sebab ramai pakar masukkan buah tin dalam kategori makanan anti-angiogenesis yang tinggi.

 

 

Kebaikan buah tin, buah anti kanser

 

Buah Tin untuk Usus Sihat & Imun Lebih Kuat

Selain kuasa anti kanser, buah tin memang terkenal sebagai buah yang

  • Tinggi serat
  • Lembut pada perut
  • Kaya mineral dan antioksidan

Serat dalam buah tin bukan sekadar buat kita kenyang. Dia bantu:

  • Buang toksin dari usus
  • Kurangkan keradangan dalaman
  • Stabilkan gula darah
  • Sokong pertumbuhan bakteria baik

Perut ni sebenarnya pusat operasi badan. Bila usus sihat, sistem imun automatik jadi lebih kuat. Buah tin pula antara buah yang paling mudah hadam dan “friendly” untuk usus sensitif.

 

 

Antioksidan dalam buah tin pula bertindak macam askar siber—dia cari, kunci dan musnahkan radikal bebas sebelum radikal tu sempat rosakkan sel.

 

 

 

Kelembutan Buah Tin: Nutrisi, Emosi & Spiritual

Menariknya, buah tin bukan saja bagi manfaat fizikal. Ada satu rasa “grounding” bila makan buah ni. Mungkin sebab ia selalu dikaitkan dengan kisah  lama dan disebut dalam banyak sejarah keagamaan.

 

Rasa dia sederhana, manisnya natural, dan tekstur lembut tu buat kita makan perlahan. Ada satu calmness yang muncul bila kunyah… rasa macam kita “pause” sekejap dari dunia yang terlalu laju ni.

 

Kadang-kadang benda paling kecil lah yang bagi kesan paling besar.

 

 

Kenapa Buah Tin Sesuai Untuk Gaya Hidup Moden?

Kita hidup dalam zaman…

Stres tinggi : Semua bergerak laju, kerja kalau boleh nak cepat siap,, kita tak mahu ketinggalan dalam rea serba maju dan akhirnya kita terperangkap dalam fasa tekanan.

Tidur tak cukup : Banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum lena di ulit mimpi.. tanpa sedar kita tidur hanya beberapa jem sahaja.

Makan tak tentu : Dalam kesibukan kerja dan tanggungjawap ramai dah tak ambil peduli makanan kesihatan. Makanan segera yang membantu di kala kita kejar masa.

Radikal bebas merata : Baik makanan atau bahan keperluan rumah kita terdedah dengan bahan yang merosakkan dalam senyap.

Gula banyak dalam makanan : Banyak makanan yang sedap kerana di sogokkan gula yang tersembunyi.

Maka oleh yang demikian , buah tin ialah salah satu makanan yang boleh bantu tubuh kita “reset” perlahan-lahan.

 

Antara kebaikan buah tin untuk kehidupan moden:

  • Kurangkan keradangan
  • Stabilkan gula darah
  • Sokong imun
  • Baiki pencernaan
  • Lindungi sel
  • Tingkatkan tenaga semula jadi

Bila kita konsisten makan makanan yang baik, badan pun mula hantar signal positif—tidur lebih lena, minda lebih stabil dan tenaga lebih steady sepanjang hari.

Kesimpulan

Buah tin memang bukan buah biasa. Ia makanan wholefood yang lengkap dengan kuasa antioksidan, anti-angiogenesis dan nutrisi usus. Dalam dunia moden yang penuh tekanan, badan kita tak selalu perlukan rawatan besar… kadang cuma perlukan makanan semula jadi yang sederhana macam buah tin. Paling sesuai dijadikan salah satu makanan snacking dalam window makan Intermitten fasting.

 

 

Shaklee Terengganu

0128535689

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *