Boleh ke berpantang dengan Vivix atau ResV?

Waktu berpantang tu… bukan calang-calang fasa dalam hidup seorang wanita. Bukan setakat luka fizikal nak pulih, tapi jiwa pun tengah rapuh. Emosi berombak, hormon belum stabil, badan letih macam baru balik ekspedisi Everest, pastu kena bangun malam berjaga anak, susukan baby tiap dua jam. Fuh! Siapa yang pernah lalui tahu lah betapa struggle dan luar biasanya momen tu.
Dan kat sinilah ramai mula tertanya-tanya – “Perlu ke ambil supplement? Kalau ya, apa yang paling sesuai? Boleh ke saya ambil Vivix masa berpantang? Tapi anak saya fully breastfeed…”
So jom kita sembang panjang sikit, bukan dalam bentuk fakta kaku, tapi gaya macam kita duduk borak sambil berurut kaki. Nor cerita dari hati ke hati.
Kenapa Ramai Ibu Pantang Pilih Vivix atau ResV ?
Vivix atau ResV ni bukan calang-calang suplemen. Dia bukan multivitamin biasa. Bukan juga sekadar tenaga booster macam kopi tarik. Vivix dan ResV ni kira superstar Shaklee – premium botanical supplement yang kaya dengan resveratrol dan polifenol, dua bahan yang sangat power dalam mempercepat proses baik pulih sel dalam badan.
Bila seorang ibu bersalin – sama ada secara normal atau czer – badan dia mengalami trauma fizikal yang sangat besar. Luka dalam rahim, luka luar, koyakan, urat putus, darah keluar banyak, belum campur penatnya contraction dan melahirkan. Vivix bertindak dari akar sel – bantu repair, renew dan pulihkan fungsi dalaman ibu dari peringkat selular. Dia macam kontraktor A++ yang masuk tolong baiki rumah dalam diam. Tapi bukan baiki lantai je, dia baiki dari tiang seri!
Ramai ibu-ibu yang ambil Vivix atau ResV dalam pantang kongsi yang luka mereka cepat kering, cepat baik. Kalau czer, parut nampak cantik. Kalau bersalin normal, jahitan cepat surut. Pastu yang best, badan tak lesu sangat. Rasa kepala ringan macam kena tarik aura baby keluar, dan emosi lebih stabil.
Satu perkara penting yang kita selalu abaikan iaitu sebenarnya bila badan si ibu sihat, sel otak sihat, hormon lebih stabil. Jadi risiko meroyan pun lebih rendah. Ini bukan nak menakutkan, tapi realiti. Ibu yang kuat dan tenang, dia bukan saja boleh jaga anak dengan baik, malah boleh bantu baby rasa lebih secure dan ceria. Percaya tak, emosi ibu sangat ‘contagious’ pada anak?
Tapi… kenapa bukan Vivix atau ResV saja?
Anak Yang Fully Breastfeed Perlukan Lebih Dari Itu
Ya betul, Vivix atau ResV memang hebat bantu ibu. Tapi anak yang menyusu badan secara eksklusif, takkan dapat manfaat Vivix atau ResV secara terus, sebab kandungan resveratrol dalam Vivix dan ResV tak sesuai diberikan kepada bayi yang kecil.
Baby tu ibarat sponge yang sedang berkembang. Dia perlukan semua zat penting untuk membesar iaitu protein, vitamin B, zat besi, vitamin C, zinc, kalsium, vitamin D dan semua ni sangat crucial untuk bina imun sistem, perkembangan otak, pertumbuhan fizikal dan sistem saraf.
Dan dekat sinilah Set Penyusuan Shaklee memainkan peranan utama.
Kalau Vivix atau ResV bantu repair sel dan pulih luka dari dalam, set penyusuan pula bantu hasilkan susu yang kaya nutrisi. Set ni lengkap – ada ESP, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Alfalfa dan Omega Guard. Semua ni membantu stabilkan hormon, tambah tenaga, elak sembelit, dan hasilnyabpastinya susu lebih pekat, lebih banyak dan berkhasiat. ESP misalnya, bekalkan protein yang cukup untuk bantu pembentukan tisu badan ibu dan juga anak. Alfalfa pula bantu melancarkan penghasilan susu, macam milk booster semulajadi.
Jadi bila ibu ambil Vivix dan Set Penyusuan bersama, itu bukan satu tindakan tamak, tapi satu keputusan bijak. Ibu dapat pulih dengan cepat, sihat dan bertenaga. Anak pula dapat susu yang betul-betul berkualiti, penuh zat dan kuatkan imun tubuh dia.
Anak Lebih Kuat, Kurang Jangkitan
Banyak testimoni ibu yang ambil kombinasi ni berkongsi perkara yang serupa – anak mereka jarang sakit. Kalau demam pun, cepat surut. Tak perlu antibiotik kerap. Baby tidur lena, tak kembung perut dan tak meragam macam biasa. Ibu pun rasa lega, tak panik setiap kali anak bersin atau badan panas sikit.
Sebab tu penting sangat bila kita ambil Vivix atau ResV masa pantang, pastikan kita ambil bersama set penyusuan lengkap. Kita bukan sekadar nak pulih cepat dan cantik, tapi nak pastikan anak kita pun dapat yang terbaik melalui susu badan.
Bayangkan kalau ambil Vivix atau ResV saja, susu ibu mungkin jadi kurang padat zat – sebab mineral penting tak cukup. Ya, luka cepat sembuh, tapi anak mungkin kurang mendapat manfaat susu ibu sepenuhnya.. Kita pula jadi cepat stress bila anak mula meragam tak tentu pasal, sebab kita sangka susu dah cukup.
Vivix + Set Penyusuan = Gabungan Superhero Berpasukan
Kalau ibu ibarat Iron Woman, Vivix atau ResV tu suit power dia. Tapi suit tu takkan cukup tanpa tenaga, sistem sokongan dan senjata dalam suit tu. Itulah dia Set Penyusuan. Lengkapkan keperluan dalaman dan luaran.
Nak banding macam ni lah jika ambil Vivix atau ResV je macam buat renovation rumah tapi tak pasang perabot. Nampak cantik, tapi kosong dan tak selesa. Tapi bila lengkap dengan set penyusuan, ibarat rumah cantik dan siap kelengkapan. Anak pun dapat tinggal dalam ‘rumah’ yang selamat, selesa dan penuh kasih sayang dari susu ibu yang bertenaga dan bergizi.
Kesimpulan: Sayangi Diri, Sayangi Anak
Vivix atau ResV memang boleh bantu ibu rasa lebih bertenaga, luka cepat sembuh, dan emosi lebih stabil. Tapi jangan abaikan hak anak untuk dapat zat secukupnya dalam susu. Susu ibu tu satu-satunya sumber makanan dia. Apa yang ibu makan, itulah yang dia telan.
Bila ibu lengkapkan nutrisi harian dengan Vivix atau ResV dan Set Penyusuan Shaklee, bukan saja ibu rasa sihat luar dan dalam, tapi anak pun membesar dengan kuat, imun yang mantap dan jarang sakit. Tak ada benda lebih melegakan bagi seorang ibu selain tahu anak dia sihat, tidur lena dan jarang kena demam.
Akhir kata, ambil Vivix atau ResV masa pantang bukan satu kesilapan TETAPI pastikan ianya digandingkan dengan set penyusuan lengkap untuk manfaat bersama.
Ibu sihat, anak kuat. Win-win.
Dan itulah pelaburan paling berbaloi yang seorang ibu boleh hadiahkan untuk dirinya dan permata hatinya.
Nak dapat produk dengan harga ahli? Meh join ahli