Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Bila diri serba tak kena…………

 Pernahkah kalian rasakan adakala dalam satu-satu hari tu, kita jadi serba tak kena, marah tak tentu pasal@moody, bagi ibu yang menyusu pula, susu tetiba jadi sedikit walhal rasa payudara penuh, bagi yang berniaga, sales jadi kurang, bagi yang makan gaji stress pasal kerja: senang kata semuanya serba tak kena....

Bila ianya terjadi sebenarnya tubuh rohani kita perlukan terapi….jangan ingat jasmani sahaja perlukan terapi ya. Hakikatnya perlu keseimbangan antara rohani dan jasmani.

Terapi yang paling mudah ialah dengan membanyakkan selawat Nabi. Bacalah sebanyak mungkin dan jadikan ia perkataan yang kerap disebutkan di bibir kita. Jadikan ianya amalan zikir harian selepas solat juga sangat membantu.

Arwah abah pernah menyebut: solat itu makanan harian ibarat nasi, tetapi amalan seperti berzikir, bertasbih dan bertahmid merupakan lauk pauk kepada nasi tadi. Nasi kalau dipadankan dengan lauk pauk barulah kita lebih berselera….bermakna jika solat itu diiringi dengan zikir insyaALLAH jiwa kita juga lebih subur.

Sekadar perkongsian bersama, ini antara kebaikan dan fadilat membaca selawat nabi 🙂
Abuya Sayyid Muhammad Alawi menyebt dalam sebuah kitab beliau “ Syaraful Ummah Al-Muhammadiyyah” dalam bab “Faedah-faedah berselawat keatas Nabi s.a.w dalam muka surat 186 . Jelas beliau :

“ Di sini saya akan sebutkan beberapa faedah berselawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad s.a.w seperti yang disebutkan oleh para ulama khasnya oleh imam al-“Allaamah Ibnul Qayyim al-Jauzi dan al-Hafiz ( pakar ilmu hadis ) Ibnu Hajar al-Haitami dengan cara ringkas .”
1. Menjunjung perintah Allah S.W.T
2. Amalan kita berbetulan dengan amal Allah S.W.T dalam hal berselawat ke atas Nabi
s.a.w walaupun selawat kita dengan selawat allah Ta’ala berlainan maksudnya.
Selawat kita bermaksud doa dan mohon limpah rahmat , dan selawat Allah Ta’ala
bermaksud pujian dan pemuliaan baginda s.a.w
3. Amalan kita berbetulan dengan amal para Malaikat dalam hal berselawat ke atas
Nabi s.a.w.
4. Memperoleh sepuluh rahmat daripada Allah Ta’ala bagi sesiapa yang berselawat
sekali keatas Nabi s.a.w.
5. Diangkat darjatnya disisi Allah ke 10 darjat lebih tinggi.
6. Mendapatkan 10 kebaikan.
7. Dihapus oleh Allah sepuluh kejahatannya.
8. Ada harapan doanya diterima jika selawat itu didahulukan kerana selawat ini akan
membawa nak doa itu ke sisi Tuhan Rabbul Alamin di mana sebelum itu doanya
terhenti di antara langit dan bumi.
9. Selawat ini penyebab seseorang itu mendapat syafaat Nabi s.a.w apabila ia
menyertakan dengan memohon al-Wasilah ( kedudukan tertinggi ) untuk Nabi s.a.w
atau berselawat saja.
10.Penyebab mendapatkan keampunan dosa-dosa berkaitan dengan Allah Ta’ala.
11.Penyebab Allah Ta’ala mencukupi dukacitanya.
12. Penyebab seseorang itu memperoleh kedudukan yang dekat dengan Nabi s.a.w di hari
kiamat kelak.
13.Berselawat umpama bersedekah bagi orang yang susah . ( Orang susah tak ada benda
yang nak disedekahkan, maka selawat ini umpama sedekah bagi dirinya. )
14. Penyebab seseorang itu dilimpahi rahmat oleh Allah dan dimintakan keampunan oleh
para malaikatNya.
15.Penyebab seseorang itu ditunaikan segala hajatnya oleh Allah Ta’ala.
16.Selawat ini merupakan zakat dan kesucian baginya.
17.Penyebab seseorang itu mendapat berita syurga sebelum kematiannya.
18.Penyebab seseorang itu selamat daripada huruhara hari Kiamat.
19.Penyebab seseorang itu didoakan rahmat dan salam sejahtera oleh Baginda Nabi s.a.w
20.Penyebab bagi memulihkan ingatan bagi org yg lupakan sesuatu.
21.Penyebab sesuatu majlis itu berkat berseri dan membawa keuntungan kepada
empunya di hari kiamat.
22. Penyebab dijauhkan daripada kefakiran.
23. Penyebab seseorang itu tidak dinamakan bakhil oleh Baginda s.a.w apa bila ia
menjawab selawat ketika ada orang berselawat keatasnya s.a.w
24. Penyebab seseorang itu selamat daripada ditimpa doa-doa yang tidak baik yang
ditujukan kepada hamba yang melupai Baginda s.a.w lebih2 lagi ketika disebut nama
Baginda s.a.w lalu ia tidak berselawat ke atasnya.
25. Selawat ini melemparkam empunya selawat ke atas jalan syurga sebaliknya orang
yang meninggalkannya.
26. Selawat ini menyelamatkan sesuatu majlis yang tidak menyebut Allah dan RasulNya,
memuja dan memuji Allah serta selawat keatas RasulNya s.a.wdaripada basi berbau
busuk disisi Allah.
27. Penyebab bagi kesempurnaan ucapan yang dimulakan dengan memuji Allah dan
berselawat ke atas RasulNya s.a.w
28. Penyebab seseorang memperoleh cahaya yang sempurna di atas titian Shirat Al-
Mustaqim kelak.
29. Selawat itu mengeluarkan seseorang hamba daripada dianggap renggang ( jauh )
daripada Allah Ta’ala.
30. Penyebab seseorang mendapatkan pujian baik yang berkekalan daripada Allah S.W.T
diantara penduduk langit dan bumi.
31. Penyebab mendapatkan keberkatan pada diri orang yang berselawat itu, amalnya,
umurnya dan segala usahanya yang baik.
32. Penyebab mendapatkan limpahan rahma.
33. Penyebab seseorang itu berkekalan mengasihi Baginda Rasulullah s.a.w dan
seterusnya akan menambahkan dan melipatgandakan rasa kasih terhadapnya.
34. Penyebab Baginda s.a.w bertambah kasih kepada orang berselawat ke atasnya s.a.w
35. Penyebab seseorang hamba memperolehi hidayah dan hati yang hidup.
36. Penyebab nama seseorang itu diperlihatkan kepada Nabi s.a.w
37. Peenyebab tapak kaki seseorang hamba itu tetap di atas titian Shirat daan mudah
melintasinya.
38. Berselawat bermakna kita menunaikan sekurang-kurangnya hak Rasulullah s.a.w ke
atas kita dan mensyukuri nikmat Allah Ta’ala dengan sebabnya.
39. Selawat mengandungi makna zikir Allah dab mensyukuriNya dan dapat mengenali
nilai nikmat yang Allah limpahkan ke atas hambaNya dengan mengutusnya sebagai
Rasulullahs.a.w

Petikan Dari Buku : 25 SELAWAT PELITA MUKMIN
Susunan : Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Makki
Terjemahan :Farhan Bin Haji Hasyiri Al-Manduri
Penerbit : Pustaka Darul Hikmah 

credit

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *