7 Tanda Kita Terlebih Makan Yang Kita Tak Sedar — Tubuh Dah Lama Bagi Signal Tapi Kita Tak Dengar
Dalam hidup harian kita yang penuh laju ni, kadang tubuh bagi “hint” halus yang kita buat-buat tak nampak.
Kita ingat kita makan biasa saja, tapi sebenarnya badan dah lama penat nak hadamkan semua yang kita suap tanpa fikir. Terlebih makan bukan pasal saiz badan; ia pasal bagaimana tubuh rasa lepas makan.
Ramai orang yang kurus pun sebenarnya terlebih makan, cuma tak sedar sebab tanda-tandanya tak dramatik, tapi perlahan-lahan merosakkan metabolisme.
1. Asyik rasa mengantuk lepas makan
Salah satu tanda terleboh makan bila setiap kali lepas makan mata mula layu macam bateri tinggal 5%, itu signal tubuh struggle nak proses gula & karbo yang terlalu banyak. Makan patut beri tenaga, bukan tarik selimut. Bila kita selalu mengantuk selepas makan, itu tanda insulin naik mendadak — petanda awal gula darah tak stabil. Bila ini jadi setiap hari, badan makin susah nak maintain berat dan mood.
2. Perut rasa penuh tapi hati nak makan lagi
Ini tanda mind hunger, bukan body hunger. Kadang kita makan sebab stress, sebab bosan, atau sebab habit, bukan sebab lapar. Bila fikiran dan perut tak selari, kita akan “overeat” tanpa sedar. Dan ini paling ramai orang lalui, terutama waktu malam.
3. Kerap sendawa, kembung atau senak
Kalau lepas makan rasa macam ada angin berkampung dalam perut, itu tanda sistem pencernaan dah “overloaded”.
Tanda terlebih makan buat perut lambat kosong, asid naik, bakteria usus jadi tak seimbang. Lama-lama… inilah yang orang panggil leaky gut, usus merajuk dan mula lemah.
4. Bangun pagi rasa berat & susah nak fokus
Makan banyak malam sebelum tidur memang syok, tapi esoknya otak jadi lembap. Kenapa? Sebab badan guna banyak tenaga untuk proses makanan semalaman, bukan untuk recovery. Kita tidur, tapi tubuh bekerja kuat.
5. Berat naik walaupun rasa makan tak banyak
Overeat bukan bermaksud makan satu pinggan besar. Kadang kita makan sikit tapi kerap — kudap sana sini — itulah penyebab hormon lapar jadi keliru. Bila hormon tak seimbang, badan simpan lebih lemak walaupun “rasanya makan biasa-biasa”.
6. Masalah kulit muncul perlahan-lahan
Jerawat, kusam, tekstur tak sekata — semuanya boleh berpunca daripada pemakanan yang keterlaluan. Bila usus stres, kulit akan ikut rasa. Kulit kita ni sebenarnya “mirror” apa yang berlaku dalam perut.
7. Emosi cepat swing
Overeat buat gula darah tak stabil, dan bila gula tak stabil, mood pun ikut goyang. Tiba-tiba rasa marah tanpa sebab, tiba-tiba sedih, tiba-tiba craving manis — semua tu signal tubuh tak seimbang.
Kenapa kita tak sedar kita terlebih makan?
Sebab budaya sekarang normalised “sentiasa makan”. Makan sambil kerja, sambil scroll TikTok, sambil drive, sambil tengok Netflix.
Kita tak lagi “hadir” ketika makan. Bila minda tak fokus pada makanan, tubuh tak dapat hantar signal kenyang dengan jelas.
Akhirnya kita terus makan kerana… habit.
Adakala sebab emosi, atau penat. ..dan kadang sebab makanan terlalu accessible. Dan kita manusia, kita memang lemah bila makanan sedap depan mata. Tapi bila kita mula sedar… itu langkah pertama untuk jaga diri.
Macam mana nak mula kawal?
Tak perlu terus jadi perfect. Mulakan dengan:
-
berhenti makan bila perut rasa selesa, bukan penuh
-
kunyah perlahan
-
minum air dulu bila rasa lapar pelik
-
kurangkan gula proses
-
tambah makanan whole food dan protein yang buat kenyang lama
Bila kita makan dengan lebih mindful, tubuh akan kembali hantar signal yang jelas — bila lapar, bila kenyang, bila letih.
Yang penting, kita belajar dengar bahasa tubuh sendiri. Sebab badan kita ni bukan musuh. Ia cuma nak jaga kita, cuma kita yang selalu terlepas pandang.
Boleh dapatkan Peppermint Ginger Plus untuk meredakan senak perut
