Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

ZIKIR UNTUK BANYAKKAN SUSU

Ramai ibu2 yang mengeluh panjang apabila merasakan susu yang dipam mula berkurang… Jika kita berbalik kepada fitrah dan melihat hikmah di sebalik kejadian maka pasti kita akan temui sesuatu.

Ingin ibu berkngsi cerita ibu dan pengalaman ibu serta hikmah yang ibu dapat di sebalik kejadian ini….ibu adalah seorang pemidato sekolah dan alhamdulillah dalam setiap pertandingan ibu pasti merangkul tempat antara pertama sehingga ketiga , dengan kata lain ibu selalu membawa pulang pingat kejayaan. Satu hari ibu gagal mendapat apa2 tempat dan ini membuatkan ibu sangat kecewa. Arwah abah dengan tenang menasihatkan ibu agar redha dan balik kepada fitrah iaitu banyakkan berdoa dan berzikir. Arwah abah kata dalam hidup tidak selalu kita berada di atas kerana ini akan membuatkan kita alpa dan senang lupa diri dan akhirnya membuatkan kita mudah bongkak. Maka adakala Allah akan meletakkan kita di bawah agar kita sentiasa berdoa dan tidak putus dengan zikir dan agar kita menghargai setiap saat dibawah apabila kita berada di atas kelak.

Sejak dari itu ibu selalu beringat dengan berdoa dan berzikir agar setiap kejayaan yang akan ibu rangkul tidak membawa ibu hanyut dalam dunia khayalan…alhamdulillah sehingga ke tingkatan lima ibu memang aktif berpidato, bersyarah malah berdebat dan ianya menjadikan ibu sentiasa beringat.

Maka ibu2 yang bermasalah dalam penyusuan, marilah kita balik kepada fitrah, andai kita telah berusaha, banyakkanlah berdoa (berzikir ) dan selepas itu kita bertawakal, nescaya akan terbuka pintu rezeki yang sangat luas….

Cuba amalkan membaca YA MATIN( bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATANNYA) sebanyak 70x setiap hari (amalkan sekurang2 sekali dan paling bagus waktu malam atau subuh) dan menghembus ke dalam air untuk diminum insyaALLAH susu akan menjadi banyak.

ALLAH hanya mahu kita beringat sesuatu itu datang dariNYA, walau kita berusaha sehebat mana tanpa doa ia takkan berjaya….

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

2 thoughts on “ZIKIR UNTUK BANYAKKAN SUSU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *