Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Untuk ibu atau anak???

Seorang teman bertanya kepada saya mengapa saya tak mahu mengambil jamu apabila selepas bersalin? Saya pun susah nak jawab sebenarnya. Namun yang saya pasti jamu ini hanya sesuai untuk diambil oleh ibu yang tidak menyusukan anaknya. Apa tujuan seseorang mengambil jamu ye? Saya sering bertanya…tapi pernah seorang bidan memberitahu bahawa jamu ini bagus untuk mengecutkan rahim si ibu selain dapat melangsingkan semula tubuhnya kepada bentuk asal. Tapi kan pada sayalah jika kita makan vitamin, insyaAllah kita juga dapat memperolehi manfaat yang sama malah lebih baik… kerana apa? kerana vitamin yang diambil oleh si ibu tadi dapat dirasai oleh si anak melalui susu ibu. Manakala mereka yang mengambil jamu memberi kesan kepada si anak dimana si anak akan mudah mendapat penyakit demam kuning atau cirit birit kerana jamu itu sendiri panas. Saya juga pernah mendengar ada jamu yang mengandungi steroid sebab itu saya tak pernah berminat nak mencuba.Lagi satu saya tidak tahu jamu itu diperbuat dari bahan apa dan khasiat yang spesifik.

Sepanjang mengandung saya membaca kepentingan setiap vitamin asas sehingga ianya melekat dalam otak sehingga hari ini… protien– sangat penting untuk bina sel pengambilannya akan memekatkan susuibu. Vitalea– mengandungi 12 vit dan 7 galian penting termasuk iron untuk bina darah. B complex– terdiri dari 8 kumpulan vit b termasuk folic acid dan biotin untuk bina darah ( apabila seseorang ibu itu melahirkan anak maka si ibu akan kehilangan banyak darah dan hormon akan mula tidak stabil. Mengapa ada ibu yang mudah meroyan atau keletihan? Jawapannya kerana kurangnya vitamin B dalam badan. Mungkin si ibu merasakan dia boleh mendapatkan vitamin b melalui lauk harian namun adakah dia pasti mencukupi kumpulan 8 vitamin B?). Vita C– penting untuk pembentukan kolagen dan perlindungan kepada sel. Zinc– untuk mempercepatkan baiknya luka jahitan ( mengapa orang Melayu suka makan ikan haruan selepas bersalin? Kerana ikan haruan mengandungi zinc, namun pengambilan yang mencukupi dapat diukur dengan tepat melalui pengambilan tablet zinc).


Bagi mereka yang melalui pembedahan seperti saya adalah sangat digalakkan penambahan vitamin E dalam diet harian semasa berpantang- untuk apa ye? Agar luka dalam mudah sembuh dan scar pada tempat bedah tidak kelihatan buruk. Saya dah menemui beberapa teman yang mengalami kerosakan di tempat bedah, sehingga mengakibatkan nanah yang begitu banyak sekali. Sayangnya golongan ini bukan merana seorang diri tetapi menyebabkan anak kecil tidak dapat merasakan khasiat susuibu kerana ibunya sibuk dirawat di hospital. Waktu ketika ini kita akan menyesal dan mula terfikir benarlah kata orang…. duit boleh dicari namun kesihatan tidak dapat dijual beli.

Jika tidak berkemampuan untuk membeli sekaligus, jadi seperti saya, sebulan beli sebotol jadi sebelum bersalin kita dah dapat memperolehi satu set bersalin yang lengkap. Ini kerana set lengkap ini akan memberi kesan yang sangat baik untuk perkembangan bayi kita. Saya dah melaluinya dan saya sangat berpuashati terutama saya dapat menyusukan kedua-dua anak saya tanpa banyak masalah dan ragam. Sekadar berkongsi pengalaman dan cerita…

Sebelum saya terlupa …gabungan protin, vitalea- lengkap 12 vitamin dan 7 galian ditambah dengan vitamin b complex ( yang mengandungi folic acid dan biotin) jika diambil sebelum tidur maka si anak yang menyusu waktu malam (melalui susuibu) insyaAllah akan mendapat cukup zat dan sikecil ini akan membesar dengan berat yang ideal. Ini kerana sel akan membiak dengan sempurna pada waktu malam atau kata lain pada waktu kita rehat atau tidur. Wallahu alam.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *