Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Terasa…

Setiap manusia belajar dari kehidupannya sendiri… hidup itu satu pelajaran kepada mereka yang mengambil iktibar. Ibu dahulu seorang yang sangat sensitif…jika ada teguran ibu akan mudah kecil hati sehinggalah satu hari ditemukan dengan seorang insan yang bergelar sahabat, dialah sabahat ibu dunia dan akhirat. Kata2 sahabat ibu ini membuatkan ibu berubah secara perlahan2… sehinggalah hari ini.

Ibu menjadikan setiap teguran itu sesuatu yang membina yang dapat membuatkan ibu lebih baik dari semalam. Seadainya kita mengambil sesuatu itu dengan keterlaluan , sebenarnya kita juga yang rugi.

Sahabat ibu mengatakan bahawa manusia yang sensitif itu adalah manusia yang sombong dan sangat dibenci oleh Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang layak untuk sombong(dengan erti kata lain bermegah….) dan kerana itulah sesiapa yang memiliki sifat ini sangat dibenciNya. Kata2 ini membuatkan hati ibu tersentap… mana tidak, siang malam kita beribadat padaNya tetapi kerana adanya sifat mudah terasa atau kecil hati itu umpama memakai selendang Allah (memiliki kesombongan) membuatkan kita dibenci Allah, sudah pasti hilang keberkatan beribadah tadi.

Sesungguhnya benarlah kata2 sahabat ibu, hanya Allah yang layak untuk sombong (dengan erti kata lain bermegah….) maka ibu belajar untuk menerima segala kritikan dan teguran dan ibu anggapnya ia sebagai sesuatu yang membina. Ibu juga manusia biasa, dan kini alhamdulillah ibu tenang berbanding dulu2…. sesuatu yang terjadi ada sebab musababnya. Jika kita berpegang pada tali Al Quran dan Al Sunnah insyaAllah tenang dan selamat dalam melayari bahtera dunia. Ombak pasti akan melanda namun Allah hanya akan berikan atas kemampuan.

Maka ibu juga berharap dan berdoa agar janganlah ada pihak yang terasa jika teman sekerjanya atau ex scoolmatenya mendapatkan vitamin Shaklee dari ibu…ini kerana ada teman internet yang memberitahu bahawa rakannya terasa hati kerana tidak mendapatkan Shaklee darinya …. Sesungguhnya lautan Allah sangat luas tetapi tiada seorang nelayan pun yang berhak menuntut bahawa laut itu kepunyaannya.

Seandainya ada coretan ibu sebelum2 ini membuatkan mana2 pihak marah atau berkecil hati maafkan ibu …tiada niat mengguris hati sesiapa sekadar pengajaran dan iktibar bersama.

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

4 thoughts on “Terasa…

  1. salam ibu,

    pd pendapat sy,
    sombong adlh 1 sikap yg negatif..
    bila ibu menulis " hanya Allah yg layak utk sombong.." sy rase mcm something wrong ngn ayat tu sedangkan Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..mustahil sombong itu dpt dicari dlm setiap titahNya..

    hanya pendapat sy sahaja..
    mungkin sy tersalah faham..
    sudi menerima teguran ibu jika sy tersalah..
    wallahualam…

  2. tiada manusia yang tidak pernah lari daripada membuat kesilapan.

    oleh itu, manusia yang beriman akan sentiasa memaafi antara satu dengan yang lain.

    insyaALLAH, teman tersebut akan memaafkan ibu Addinnasa…

  3. butterfly, mmg betul tu.. hanya Allah sahaja yg perlu ada sikap sombong… bkn dlm erti kata sikap yg -ve. mmg Allah layak utk sombong kpd hamba2nya krn Dia adalah Maha Pemurah, Maha Mengasihani, Maha Agong… sebab hanya Dia yg memiliki sifat2 yang Maha itu dan tak dpt ditandingi oleh maklhluk2 yg diciptaNya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *