Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Syukurlah dah tahu punca

 Dua tiga hari sebelum abah pulang ke rumah air paip di sinki dapur menjadi terlalu perlahan…. sangat perlahan sehingga ibu perlukan lebih masa untuk membasuh walau hanya dua tiga pinggan mangkuk. Puas ibu memikirkan punca namun tidak ibu ketahui mengapa ianya terjadi. Sehinggalah abah pulang ke rumah pada hari Rabu lalu.

Abah cuba memastikan pam air berfungsi dengan baik…ya, ia masih berfungsi dengan baik. Abah cuba pula melihat deras air yang keluar dari paip2 lain di dalam rumah, tiada menunjukkan sebarang masalah. Hmm..agak2nya di manakah punca sehingga menyebabkan air paip di sinki dapur menjadi begitu perlahan?

Setelah berfikir sejenak, abah cuba menanggalkan kepala yang menyambungkan filter best water dengan kepala paip. Air kelihatan keluar dengan deras tanpa sebarang gangguan. Abah terus membersihkan kepala penapis air… dan hasilnya?

Rupanya2 terdapat banyak batuan karat @ sulfur yang tersangkut di kepala penapis Best Water.

Di atas jaringan halus  itu terdapat banyak karat2 kecil yang di dapati berada di dalam air yang melalui paip rumah kita. Mujurlah menggunakan penapis air.
Namun ibu cuba bertanya dengan abah, bukankah kita menggunakan penapis, tetapi mengapakah karat2 itu tidak berada di dalam catridge? Mengapakah ia berada di atas jaringan penapis di bahagian kepala penapis?
Abah menjawab dengan tenang dan yakin sekali…
“Cik Yang, penapis air kita kan menggunakan pemisah, sama ada kita mahu menggunakan air biasa ataupun air yang di tapis. Bukankah setiap kali kita minum kita akan menggunakan kod biru iaitu air tapisan yang sedia untuk di minum manakala air basuhan pinggan mangkuk kita menggunakan kod hitam iaitu paip air biasa yang tidak ditapis? Apabila kiya menggunakan kod hitam maka air yang mengalir tidak melalui penapis dalaman atau kata lainnya catridge, jadi karat itu akan tersangkut pada jaringan halus di kepala penapis.”
Hehehehe ibu tersenyum… benarlah kata abah. Ibu tidak menyedari bahawa air yang keluar dari penapis air Best Water jika ianya untuk membasuh pinggan mangkuk ibu akan menggunakan kod hitam iaitu air paip biasa tanpa di tapis. Alhamdulillah kerana penapis air shaklee iaitu Best Water ini mempunyai jariangan halus di kepalanya untuk menghalang karat terus mengalir sama bersama air paip yang digunakan untuk membuat basuhan.
Syukurlah kini ibu dah tahu punca mengapa air slow sebelum abah balik. Terima kasih abah.

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

2 thoughts on “Syukurlah dah tahu punca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *