Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Syukran ya ALLAH

 Alhamdulillah, rasa lega bila dah beransur baik dari selsema dan demam selama  tiga  hari…syukur. Bertambah syukur walaupun tidak sihat, masih diberi kekuatan untuk berpuasa dan menjalani ibadah pada bulan Ramadhan. Terima kasih atas doa kawan-kawan , alhamdulillah dah beransur baik.
Mungkin cuaca yang tidak menentu ditambah berbuka dengan air sejuk yang buatkan saya jatuh sakit. Namun saya tetap bersyukur kerana anak-anak tidak berjangkit….ditambah pula sekarang semua anak-anak tidur di katil masing – masing.
Sekejap sahaja masa berlalu…Nasa dah masuk 4 tahun… rasa puas besarkan anak sendiri. Semuanya depan mata. Syukur pada ALLAH atas rezeki yang dikurniakan. Walaupun hanya buat biz online Shaklee secara kecil-kecilan namun saya mampu memenuhi keperluan anak-anak dan keluarga. Memang pada mulanya takut juga tak berduit tapi bila yakin ALLAH sebaik-baik pemberi rezeki…syukur kini saya sangat bersyukur dengan rezeki yang ada.
Mungkin inilah keunikkan perniagaan Shaklee. Melalui sistem pemasaran yang adil ditambah dengan sokongan dari rakan-rakan dunia maya yang memberi sepenuh kepercayaan membuat belian vitamin walaupun tak pernah bersua muka. Kami berbiz hanya melalui internet…tidak pernah bersua namun terikat kasih sayang antara kami….alhamdulillah.
Bagi yang ingin mencuba produk Shaklee, boleh emailkan kepada saya secara persendirian agar saya dapat membantu anda dalam pengambilan vitamin yang betul untuk anda dapatkan kesihatan yang optimum.

Banyak email yang saya terima untuk mengetahui apa rahsia puan S tentang kecantikkan kulit wajahnya. InsyaALLAH saya akan reply semuanya dalam masa terdekat. Bagi yang belum menghantar email boleh berbuat demikian jika ingin mencuba vitamin yang menjadikan puan S makin cantik, bersih dan berseri!

Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *