Susuibu : Perkembangan mengikut 4 fasa.
Senang? Melihat dari dua sudut yang berbeza. Senang sebab bila berjalan tak perlu bawa air panas, botol atau susu terutama bila naik kapal terbang dan jalan ke mana2. Namun dari sudut penghasilan, tiada perkataan senang yang boleh diucap sebab si ibu melalui 4 fasa yang berbeza sepanjang penyusuan si manja. Turun naik penghasilan susu adalah salah satu perkara biasa yang perlu dilalui oleh seorang ibu yang menyusukan anaknya.
Fasa 1 ; Penyusuan bayi dari lahir sehingga 6 bulan.
Ia nampak mudah bagi banyak atau rata2 ibu yang menyusukan anaknya. Ramai yang berjaya melalui fasa ini kerana ramai yang masih berpegang pada ” Saya memang niat nak bagi 6 bulan sahaja”.
Fasa 2 ; Penyusuan bayi dari 7 sehingga 12 bulan
Ramai ibu yang bekerja keras untuk ke tahap ini. Manakan tidak, pada usia bayi 6 bulan, si manja telah mula makan nasi. Bagi ibu yang direct feeding, bila si anak ini kenyang, maka si anak tidak akan menyusu untuk waktu yang sepatutnya dia menyusu. Malah si ibu perlu ingat, untuk menghasilkan susu yang berterusan, sesi perahan perlu dilakukan jika tidak, si ibu akan mendapati susunya tiba-tiba berkurang. Maka kesimpulannya, jika bayi kenyang dari makanan pejal sekalipun, si ibu perlu tetap pam.
Fasa 3; Penyusuan anak dari 13 sehingga 18 bulan.
Bagi ibu yang bekerja dan terpaksa menghantar si manja ke taska atau rumah asuhan, si ibu akan bekerja keras untuk memastikan penghasilan susuibu adalah konsisten. Ini demi memastikan si anak akan terus mendapat khasiat susuibu ditambah apabila si kecil ini mudah terdedah pada penyakit dan persekitaran yang terganggu dari taska atau rumah asuhan. Bagi yang mempunyai anak yang cerewet makan, maka ini akan menjadikan ibunya perlu berusaha memastikan susuibu yang dihasilkan cukup buat si manja.
Fasa 4; Penyusuan anak dari 19 sehingga 24 bulan.
Biasanya pada umur anak sebegini, ada dua kelompok jenis anak yang saya kenalpasti. Pertama, anak yang masih bergantung banyak dengan susuibu. Anak jenis ini sangat cerewet dalam pengambilan makanan pejal. Anak ini mendapati susuibu adalah lebih menyelerakan berbanding makanan pejal yang diberikan. Maka si ibu masih perlu bekerja keras menghasilkan susu mengikut keperluan anak demi pembesaran yang seimbang.
Kelompok yang kedua ; anak yang suka makan makanan pejal dan susuibu bukan satu keperluan utama tetapi lebih kepada kehendak mahu mendekati ibunya [ atau lebih mudah ialah nak bau ibunya]. Kelompok kedua ini tidak membuatkan si ibu dalam tekanan kerana keperluan susuibu tidak sekerap atau banyak seperti umur anak dalam fasa sebelum ini.
So sebagai ibu, kita akan melalui 4 fasa ini apabila nekad nak menyusukan sepenuhnya dengan susuibu. Turun naik hasil susu itu adalah normal kerana sebagai wanita , hormon kita akan mudah terganggu terutama apabila datang bulan, moody, keletihan dan tekanan. Sebab itu, sebagai ibu menyusu saya sendiri dan saya menyarankan ibu2 mengambil pemakanan seimbang atau pengambilan supplement demi membantu kita menjadi ibu yang bertenaga dan sihat dalam menghasilkan susu selain menjadi isteri yang mampu menjalankan tanggungjawab sebaiknya pada suami dan keluarga.
Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689
Salam sayang dari Ibu Addinnasa