Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Share your story & this might BE yours!

Ibu suka berkongsi dengan orang lain apa yang ibu suka makan, barangan mahupun cerita. Maka selepas solat subuh pagi tadi ibu terfikir untuk memberikan sesuatu kepada yang istimewa apa yang ibu turut rasa istimewa apabila menggunakannya iaitu barangan Crabtree and Evelyn. Mungkin ramai yang menggunakan jenama ini namun tidak kurang juga yang tidak pernah mendengarnya. Maka inilah peluang untuk mendapatkannya. Bukanlah ibu banyak duit nak bagi tapi anggaplah ini salah satu cara memberi hadiah kepada orang lain melalui rezeki yang kita dapat.
Namun terlintas dihati ibu nak beri pada siapa ye? Maka lebih baik ibu beri kepada pelawat-pelawat blog ibu yang setia membaca kisah ibu, Addin dan Nasa selama ini. hehehe…Walaubagaimanapun ibu hanya ada 3 kotak sabun 100g Rosewater buat masa ini. Maka ibu akan memberinya kepada sesiapa jua yang bertuah untuk mendapatkannya. Wangi ke? memang sangat wangi. Harga seketul sabun lebih kurang rm25 dan ke atas. Kewangiannya diakui oleh mereka yang biasa menggunakannya.

So, bagaimana nak dapatkannya? Mudah sahaja.

1.Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda. Buatkan satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan.

2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda,

3.Tinggalkan komen di sini beserta dengan link tentang post anda.

Bagaimana ? Mudah sahajakan.

3 pemenang akan dipilih…

Tarik tutup ialah pada 25 Julai 2009
. Pemenang akan diumumkan pada 30 Julai 2009.

All the best!

* Bagi mereka yang tiada blog anda boleh menghantar cerita anda ke alamat email berikut: addinnasa@gmail.com

Ada hadiah misteri juga barangan Crabtree untuk contest ini! Siapakah yang bertuah itu?

Read more www.anakkuwiraku.com

84 thoughts on “Share your story & this might BE yours!

  1. saya pun nak join! 🙂 ngehehehe…

    baru semalam bau sabun member (brand crabtree), mak ai, wanginyer…. 🙂

    tapi saya part luck2 ni kureng sket la.. hahah

  2. insyallah akan join, cuma kena cari masa nak buat karangan tu………hehehe…….
    btw thanks coz jengok kat blog saya n tq sekali lagi atas pujian ibu addin dan nasa terhadap anak2 saya……….

  3. salam ibu addin & nasa…
    nak tanya psl contest ni…kalau entry utk contest ni ditulis in English tak aper kan? sekadar bertanya sebelum join…ku memang pencinta brand Crabtree & Evelyn ni… 🙂
    pemilihan pemenang berdasarkan cerita yg menarik or dipilih at random ajer? tq !!

  4. Ibu Damia… you are welcome to join the contest!

    e-caR NazRin aka ibuEiymann…
    Ceritalah dari hatimu…pasti ramai yang ingin mengetahui!

    mama zharfan…
    My dear, you can also write it in English, no problem. Pemenang akan dipilih berdasarkan olahan cerita yang menarik, namun hadiah misteri akan dipilih berdasarkan luck pengirim. Akan dimaklumkan nanti. Cubalah..

    iena hamdi …
    Sudah ku terima, berdoalah semoga ada rezekimu.All the best!

  5. Emma..
    Akak dah baca tadi, semoga berjaya!

    Eliza…
    Join la. Citer anak sulung jek contest ni. Boleh cerita anak kedua untuk membezakan anak pertama tapi dalam satu post sahaja. Good luck!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *