Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Shaklee Motivasi : Belajar bersangka baik

Siapa empunya lautan yang luas ? Pastinya ALLAH s.w.t maka dengan ini nelayan mana yang berhak mengatakan ikan dalam lautan itu atau kawasan laut itu kepunyaannya? 

Motivasi rezeki

Sesungguhnya ikan dalam laut tak pernah habis. Sejak dulu sehingga beribu tahun belum pernah dengar ikan dalam laut habis.

Samalah dengan meniaga. Sesungguhnya rezeki meniaga itu sangat hebat. Hakikatnya rezeki ini sesuatu yang tidak dapat dijangka oleh akal.

Menariknya bercerita tentang rezeki, setiap orang akan melihat dengan persepsi yang berbeza mengikut apa yang si insan itu lalui, pengalaman cerita orang malah melalui pembacaan.

Rezeki itu lebih mudah apabila dijemput berbanding di cari sebab ia sangat unik dan menjadi rahsia yang Ya Wahhab [ Maha Pemberi].

Hari ini ramai kenalan dan keluarga saya bukan sahaja makan vitamin Shaklee tetapi telah menjadi pengedar sah Shaklee yang berjaya.

Adik beradik saya sendiri semuanya ahli Shaklee.

Bila ada kenalan baru yang bertanya, ‘ Kalau saya join dan buat bisnes, ada orang ke nak beli nanti?’

Soalan yang sama saya beri, andai kata arini kita jadi nelayan boleh ke kita tanya nelayan lain….          ‘ kalau saya menjala arini, dapat kah saya ikan yang banyak? ‘
Pasti tiada siapa yang mampu berikan jawapan yang tepat sebab rezeki itu rahsia alam dan hak Ya Wahhab.

Maka bagaimana nak yakinkan diri rezeki itu pasti ? Jawapannya mudah. Amalkan amalan menjemput rezeki.

Memang dalam menangkap ikan, ada juga penangkap yang menggunakan tektik kotor seperti menuba ikan….tetapi ingat Janji Allah itu pasti. Berlaku adil, hasilnya baik dikemudian hari. Selagi kita tidak menganiaya orang lain dalam berniaga, percayalah rezeki yang datang akan datang dalam bentuk yang sangat elok iaitu lengkap dengan barakah.

Barakah ini memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita.

Keluarga yang penuh kasih sayang, suami isteri yang saling berkasih sayang kerana ALLAH, anak yang baik akhlaknya , duit yang sedikit tetapi dirasakan banyak, makanan yang sedikit tetapi mencukupi, rezeki setiasa bertambah, dipelihara dari musibah dan ujian besar dan banyak lagi yang pasti si insan ini seolah-olah dijaga oleh bidadari / bidadara dunia.

Maka jangan lah risau bila kita meniaga takut tak laku atau tak laris. Amalkan amalan menjemput rezeki dan yang utama jaga lah 2 ini :

1. Ibu bapa [ untuk isteri suami adalah keutamaan]

2. Sedekah

InsyaALLAH keajaiban rezeki yang penuh barakah akan sentiasa hadir.

Selamat beramal!

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Shaklee Motivasi : Belajar bersangka baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *