Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Shaklee Effect – 40 tahun dah makan Shaklee

Taufik hidayah ini sesungguhnya milik ALLAH jua….semoga apa juga yang kita lakukan sentiasa dalam bimbingan taufik dan hidayah ALLAH jua.

Syukur ke hadrat Ilahi mengizinkan kami sampai ke Shaklee Conference di Long Beach LA tahun ini. Sampai juga kaki ini menjejak tanah negara omputih…

Hari pertama kami di LA ini program adalah menyertai Shaklee Conference di Arena Long Beach. Ianya dihadiri oleh beberapa ribu orang dari seluruh dunia.

Namun satu yang saya sedari ramai antara mereka adalah yang telah menjadi pengguna tegar produk Shaklee. Boleh lihat ramai warga emas yang berada dalam dewan conference itu. Saya sempat berbisik pada suami saya… mereka ini walau mata kasar nampak mereka berumur tetapi badan mereka tetap tegap. Yang wanita kulit mereka nampak cantik.

So sehari selepas itu aktiviti kami adalah ke Disneyland. Sambil menunggu bas untuk bertolak kami sempat berkenalan dengan sepasang pasangan ini….mereka telah mengamalkan produk Shaklee selama 40 tahun! Wajah dan tubuh mereka nampak sihat dan mereka sangat aktif.

Shaklee effect for 40 years.

Mereka juga adalah generasi yang sempat bertemu dengan pengasas Shaklee iaitu Forest C Shaklee.

Bayangkan mereka dah amalkan selama 40 tahun dan masih sihat sehingga hari ini alhamdulillah.

Memang ramai yang suka beri pertanyaan pada kami yang dah amalkan 15 tahun produk ini akan bertanya….makan vitamin banyak ni boleh rosakkan buah pinggang tak? Jawapannya adalah – kalau kita makan vitamin dengan pengambilan makanan yang teratur, pengambilan air yang seimbang dengan berat badan dan mempunyai cara hidup yang sihat, insyaALLAH Shaklee Effect yang kita terima juga sangat positif.

Ramai yang susah hati jika pengambilan vitamin jangka panjang akan buatkan kita sakit….namun ramai yang lupa ia hanya vitamin sahaja dan bukan ubat.

Selepas pulang dari Disneyland kami sempat singgah ke hall B iaitu tempat untuk mendapat info lebih lanjut mengenai produk yang baru dilancarkan di sini. Alhamdulillah sempat juga saya bertegur siapa dengan seorang lagi wanita cantik. Saya menyapa beliau semasa kami sama-sama di booth jualan barangan Premium Shaklee. Beliau juga memakai reben merah yang bertulis 40 years bermakna sudah 40 tahun beliau amalkan produk Shaklee ini. Beliau berumur 72 tahun pada hari Isnin depan. Namun kulitnya sangat cantik dan tegang. Badan juga masih tegap dan berjalan dengan sangat bergaya. Beliau mengakui  pemeriksaan yang dijalankan mendapati organ dalam badan beliau juga sihat malah beliau mempunyai kesihatan yang lebih baik dari anak sulungnya…akui beliau diakhir perbualan kami.

Beliau berkongsi pengalaman beliau mengapa beliau amalkan Shaklee. Beliau mempunyai masalah Arthiritis sejak berumur 18 tahun. Selepas mengamalkan Shaklee, radang tangan yang sering beliau hadapi dah makin berkurang dengan pengambilan vitamin Shaklee. Apa yang menarik yang beliau kongsikan ialah walaupun pada mulanya beliau hanya fokus pada kesakitan yang beliau alami tetapi kerana kesannya bukan hanya pada tangan yang sakitnya makin berkurang tetapi pada seluruh tubuh…membuatkan beliau seronok dan kekal memilih Shaklee sehingga hari ini.

Memang benar, walaupun pada mulanya ramai yang memilih Shaklee kerana penyakit yang mereka hadapi….namun percayalah vitamin tersebut bukan hanya pada takat untuk mengurangkan sakit atau hanya untuk baikkan sakit tetapi ia dapat dirasai secara menyeluruh satu badan.

Alhamdulillah walau saya baru makan lebih kurang 16 tahun dah… rasa sangat baru mengenali Shaklee dan banyak lagi yang nak saya explore tentang manfaat vitamin ini.

Nanti saya akan share lagi kisah Shaklee Effect yang saya dapat sepanjang Shaklee Conference di Arena Long Beach.

Tengari ini kami dijemput untuk meeting bersama ibu-ibu dari US seterusnya ada recognition petang nanti. Doakan semuanya lancar dan insyaALLAH akan saya update dalam next coming entry.

Jumpa lagi dan salam sayang….

#shakleeeffectoog

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *