Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Saya mahu semangat itu !

Kalau orang kata masa itu emas, pasti ramai yang mampu membelinya. Tapi hakikatnya masa itu sangat mahal dan tiada harga yang setanding dengan nilainya.

Blog ni dah jadi tempat training anak2 bisnes saya di Miri. Sebab itu adakala posting adalah berkaitan dengan pengisian biasa sahaja.

Walaupun begitu tetap terharu bila ada kenalan di fb atau blog yang sms atau whatsapp, update la blog….hakikatnya idea banyak nak di share tetapi sebab sekarang banyak masa terikat dengan training offline so saya kena usaha juga curi-curi masa.

Sejak balik bercuti dari Singapore, kami terus mulakan rutin biasa kami di Miri. Alhamdulillah bisnes ini telah kembali mekar semula di Borneo. Walaupun dulu ia tidak mendapat sambutan seperti ini tapi ini tak menjadikan kami berputus asa. Kini ramai yang dah buka mata, kepentingan kesihatan, produk yang menjadi pilihan dan kekukuhan syarikat untuk menyediakan bonus yang hebat pada mereka yang serius nak berjaya.

Namun saya sentiasa mengatakan pada diri saya, saya mahu semangat itu !!!

Shaklee Sabah Sarawak

Semangat yang ada pada anak kecil….mereka tak pernah putus asa. Mereka sentiasa usaha untuk dapatkan apa yang mereka mahu. Mereka usaha golek2, merangkak dan bertatih. Tak puas dengan itu mereka belajar berlari selepas dah mula berjalan.

Walhal tiada siapa yang ajar. Mereka MAHU. Uniknya baby kan?

Setiap kali saya keletihan, saya selalu kata…” Baby perlu rehat sebentar dan kemudian usaha lagi”

Siapa kata dunia bebas dari ujian? Sama la dengan baby kan? Adakala bila dah syok golek-golek, boom! Jatuh katil ! Dah tengah syok-syok bertatih, jatuh terpelecok …nak lebih kritikal terhantuk pula kat mana-mana dan BENJOL.

Tapi lagi hebat…ada baby ni SERIK?

TAKKKKKK !!!

Walau dah benjol pun, baby ni gigih nak bergolek, nak bertatih dan berlari! Satu perjuangan yang perlu diteruskan !

Baby ini terus membesar dan hanya segelintir yang bawa semangat ini sehingga umur 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun malah hingga ke titisan hayat yang terakhir. MEREKA FIGHT dengan perasaan TAKUT dalam diri !

Samalah dengan hidup ini! Mana ada dunia takde ujian ?

Beza pada setiap manusia ialah bagaimana dia MELIHAT  ujian itu.

Shaklee Sabah Sarawak

Kami juga tak lepas dari ujian….stok vitamin customer yang kami order 6 hari lepas masih belum terima. Tapi ya la, kita mampu tanya management mana vitamin yang saya order? Nak marah pun tak guna bukan salah diorang pun. Semua kerja ALLAH dan aturanNya semua terbaik……. So kami cuma menenangkan jiwa kami [ saya dan suami] Allah nak bagi kita rehat sekejap sebelum rezeki besar nak datang. Tu aje yang menenangkan saya bila kenang, sms/ whatsapp penuh bertanya bila boleh dapat stok vitamin terutama customer yang dah book awal.

Jadi bagi anda yang sedang diuji, sangat penting MELIHAT ujian itu satu RAHMAT, baru hati tenang dan kita masih mampu tersenyum !

Jom ! Dapatkan semangat anak kecil untuk terus berjuang!

Jumpa dalam next MOTIVASI Siri dari Ibu Addinnasa !

 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *