Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Sabun mandi merawat penyakit kulit

 Adakah anda seorang yang berkulit sensitif? Jika ya, anda perlulah pastikan pengambilan buah-buahan dalam menu hidangan anda setiap hari demi memastikan anda mendapat cukup vitamin C. Alternatif lain ialah dengan pengambilan supplement vitamin C yang lebih mudah demi memastikan kulit sentiasa mempunyai cukup vitamin C dan tidak mudah luka akibat sabun atau pencuci yang dipakai.

Addin mempunyai masalah Atopic Eczema. Maka sebelum ini ibu puas mencari rawatan alternatif untuk memulihkan keadaan kulitnya. Pelbagai jenis sabun , lotion dan krim sapu namun ianya bersifat sementara. Namun alhamdulillah setelah menukar cara kehidupan seharian, ada kemajuan dan peningkatan.

Selain membekalkan Addin dengan supplement seperti ESP, Vitamin C , PD, GLA dan Vitamin E saya memastikan saya menyediakan beberapa jenis sabun mandi di dalam bilik mandi. Saya memastikan agar Addin menggunakan sabun mandi yang berbeza setiap kali dia ke bilik mandi. Jika pagi sebelum ke sekolah dia menggunakan sabun X, maka pulang dari sekolah saya akan remind agar Addin mandi dengan sabun Y dan begitu juga malam Addin akan mandi dengan sabun Z.

Mengapa saya perlu buat demikian? Kerana saya mendapati hasil dari pemerhatian dan pengalaman saya sendiri…apabila kita sendiri memakai satu-satu jenis sabun secara berpanjangan…lama-kelamaan kulit kita mudah menjadi kering. Apabila kulit kering ini terhasil, kita mudah akan menggaru dan akibatnya menjadikan kulit tadi luka dan buruk. Maka apabila kita bertukar-tukar sabun mandi kulit kita tak mudah kering kerana setiap sabun hakikatnya mempunyai kandungan yang berbeza.

Selepas mandi, saya akan pastikan kulitnya benar-benar kering dilap dengan tuala. Setelah itu saya pastikan Addin menyapu lotion bayi di sekitar kawasan kulitnya yang mudah kering.

Namun pada saya penawar terbaik untuk penyakit anak-anak ialah dengan membacakan surah-surah Al Quran kerana sesungguhnya hanya ALLAH sebaik-sebaik Penyembuh. Hatta penyakit yang ringan seperti demam, selsema dan batuk….hakikatnya penawarnya adalah ayat-ayat Al Quran.

Alhamdulillah, seperti kata doc Haizam, penyakit ini akan pulih dengan sendirinya kerana badan akan sentiasa generate cells yang baru terutama apabila kita menjaga pemakanan dan memastikan mendapat khasiat yang cukup. InsyaALLAH.
Wallah hu alam.

Sekiranya anda mempunyai anak yang mempunyai masalah eczema , boleh emailkan kepada saya dan saya kongsikan lebih terperinci bagaimana cara hidup membantu kesihatan anak yang lebih baik. InsyaALLAH.

Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

2 thoughts on “Sabun mandi merawat penyakit kulit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *