Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Rahsia di sebalik nama dan nombor

Tersenyum bila ibu membaca tulisan coretan Auntie Along mengenai Rahsia tapak tangan dan anggota badan. Bukannya apa, ada seseorang yang rapat dengan ibu pernah memberitahu apa yang dia baca melalui garisan tangan ibu ialah umur hayat ibu panjang dalam 60-70 tahun tetapi kerana ada ramai orang selalu doakan ibu dan selalu mengucapkan panjang umur ibu maka umur ibu boleh mencecah sehingga 102 tahun. Mak oiii… agak2 sapalah yang akan menemani ibu waktu itu. Ibu pun bukanlah percaya sangat tetapi memang rata2 teman dan kenalan yang telah lama ibu kenal apabila bersembang dalam telefon mahupun melalui sms memang mereka suka menyebut …” panjang umur N akak baru nak call” dan tidak kurang juga ayat dari mesej kawan2 ibu …” panjang umur ko aku baru nak mesej ko dah mesej dulu “.

Hmmm…dalam keluarga ibu sebelah mak ibu ada seorang atuk saudara perempuan yang hidup sehingga 102 tahun dan hidupnya ditemani oleh menantunya dan kini sudah arwah dah atuk sedara ini.Walaupun begitu ibu tidak harap untuk hidup sehingga beratus tahun, memadailah umur yang berkat. Semenjak dari itu ibu selalu berpesan kepada kawan2 rapat ibu doakan ibu sejahtera selalu dah memadai.

Berbalik kepada tajuk entry ibu, sebenarnya arwah abah ibu seorang yang sangat istimewa. Memandangkan arwah abah lahir dengan tembuni maka imam yang memecahkan ketuban itu pernah memberitahu kepada nenek ibu bahawa abah adalah salah seorang manusia terpilih dan sangat istimewa. Arwah mempunyai kelebihan membaca seseorang dari nama dan kad pengenalan. Walaupun ibu juga turut memiliki ilmu ini namun ianya tidak boleh selalu digunakan. Bukannya bagus melihat kebaikan dan keburukan orang. Setiap manusia itu mempunyai kebaikan dan kekurangannya cuma bagusnya ilmu ini kerana kita boleh memahami dengan lebih baik individu tersebut.

Memang nama itu mempunyai makna terutama jika memilih nama2 yang baik yang disarankan dalam Islam tetapi setiap huruf dalam nama itu juga mewakili sifat seseorang. Begitu juga dengan nombor dalam kad pengenalan seseorang. Ada tertulis seseorang itu boros atau sebaliknya. Ianya sekadar panduan semata2.

Ilmu ini adalah rahsia dan tidak boleh diajarkan kepada sesiapa, itulah amanat terakhir arwah abah. Ibu hanya menggunakan sebagai panduan dalam melihat karenah dan perangai serta gelagat manusia.Mengapa ibu mempelajari ilmu ini? Sekadar suka2 kerana sekurang2nya ibu mengetahui mengapa sifat seseorang itu begini dan begitu , kerana semuanya ada dalam nama itu sendiri. Ramai yang kurang percaya namun ibu mempelajari ilmu ini seawal usia 14 tahun.

Arwah abah kata bukan semua orang mendapat ilmu ini kerana jika silap langkah ianya boleh membawa kepada syirik dan memesongkan akidah seseorang. Memadailah ibu jadikan ianya sebagai panduan dalam urusan ibu dengan sesiapa sahaja yang perlu ibu dealing with. Paling penting kita hanya perlu menjadi diri kita sendiri dan jangan cuba mengubah diri untuk menjadi orang lain.

Salam sayang dari ibu….

Selamat malam.

* Bagi yang meminta agar tarikh tutup contest di extendkan sehingga 4 September… ibu akan cuba berbincang dengan abah terlebih dahulu. InsyaAllah permintaan ini akan dipertimbangkan memandangkan 31 August adalah cuti umum dan penghantaran tidak dapat dilakukan pada tarikh tersebut. Akan ibu maklumkan dalam post yang akan datang.

Read more www.anakkuwiraku.com

3 thoughts on “Rahsia di sebalik nama dan nombor

  1. yeah, true nama melambangkan identiti seseorang.

    cam org tua-tua kata, if baby tu selalu sakit, kene tukar nama sbb baby tu tak "terbawa" makna yg ada pd nama dia. betul atau tidak, wallalhualam.

    setuju if contest dilanjutkan. puhlissssssssssss. *wink*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *