Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Personaliti melalui konsep tanah,air, api dan angin

CheYantie wrote …“kak, leh tak elaborate lagik tentang konsep tanah, air, tu hehhehe..dah lupa la

Personaliti melalui konsep tanah, air, api dan angin telah saya belajar dari arwah abah sejak berusia 14 tahun. Arwah abah menurunkan ilmu ini secara mendalam agar dapat saya gunakan untuk mencari pasangan hidup saya. Nak lebih menarik pada ketika itu arwah abah selalu berpesan dengan saya agar mula berdoa untuk mendapat jodoh yang baik( walaupun pada ketika itu umur saya baru mencecah 14 tahun). Ini kerana arwah abah kata sesuatu hajat itu perlukan masa untuk tercapai dan dimakbulkan maka apa yang dihajati pada masa akan datang perlulah dimulakan doa dari sekarang. Allah sukakan puji-pujian, maka dengan berdoa kita akan melaksanakan amanah beserta memberi puji-pujian kepadaNYA.

Selain itu terdapat beberapa buah buku Jawa( dari Indonesia) yang menjadi rujukan saya tapi selepas arwah abah meninggal saya pun tidak tahu ke mana perginya buku tersebut. Namun untuk tidak menghampakan CheYantie maka saya gariskan beberapa panduan yang boleh dikongsi secara amnya personaliti individu mengikut turutan kelahirannya.

Tanah

Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Air

Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

Api

Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Angin

Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

Walau bagaimanapun banyak lagi unsur lain yang mempengaruhi sifat seseorang. Ianya dipengaruhi oleh huruf di dalam nama, hari dan waktu kelahiran, tarikh lahir dan banyak lagi. Wallah hu alam.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *