Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Perkembangan anak-anak ibu..

 Addin dah hampir dua bulan ke sekolah dan selama itulah ibu atau jika abah ada di darat kami akan ke sekolah Addin sewaktu rehat untuk menemaninya makan dan ke tandas. Seronok juga dapat luangkan masa di kala waktu anak2 sedang membesar.

Bagaimana dengan si comel ibu, Nasa? Anak ibu yang ini kini terlalu bersemangat nak ke sekolah. Sabtu Ahad pun kami ke sekolah Nasa nak menunjukkan sekolah tutup. Nasib baiklah sekolah hanya belakang rumah. Hari Isnin lalu ibu terlewat hantar Nasa ke sekolah, semua kawan2 Nasa sudah masuk ke kelas. Turun sahaja dari kereta, anak kecil ibu ini menjerit di pagar..Good morning teacher. 2-3 kali Nasa menjerit barulah teacher Suzana keluar menyambutnya di pagar. Begitu excited Nasa ke sekolah dan adakala sehingga tidak mahu bersarapan semata2 hendak cepat ke sekolah. Adakala suka juga ibu menyakat Nasa dengan mengatakan bahawa Nasa tidak perlu ke sekolah, tahu apa yang dijawabnya? ” Tak boleh tak pergi sekolah. Aca(panggilan manja Nasa) dah tak angis, nanti tak g sekolah tak pandai” tu dia. Dari seorang yang cengeng tahap gaban menjadi seorang yang komited dengan sekolah. Berbaloi abah bayar yuran sekolah Nasa yang pemiliknya seorang perempuan mat saleh.

Hmm…next week cuti sekolah. Kena ada aktiviti agar anak2 ibu ini tidak bosan. Yang pasti anak2 ibu akan merindui sekolah, cikgu dan kawan2 mereka.

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *